GAMBAR RAYA ARTIS -FASHA DAN JEJAI








GAMBAR RAYA ARTIS- EIRA DAN EZAD





GAMBAR RAYA ARTIS- LISA DAN YUSRY










GAMBAR RAYA ARTIS- SCHA DAN AWAL




GAMBAR RAYA ARTIS-SHARIFAH ALEYA



GAMBAR RAYA ARTIS-SITI NURHALIZA









GAMBAR RAYA ARTIS-SHAHEZY SAM





saya yakin Datuk (Hashimuddin) tidak kejam- pelakon Norish Karman




Shah Alam: Selepas empat tahun naik turun mahkamah, akhirnya Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengisytiharkan tiga daripada lima kereta mewah yang dituntut pelakon Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir sebagai harta sepencarian.

Justeru Hakim Syarie Mohammad Adib Husain memutuskan Norish selaku plaintif berhak mendapat 30 peratus daripada nilai ketiga-tiga kereta itu mengikut nilai semasa ketika tuntutan harta sepencarian itu dibuat pada 2009. 

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Norish terhadap tiga rumah termasuk sebuah banglo di Bangi dan pegangan saham di tiga syarikat yang bernilai lebih RM3 juta selepas mendapati tuntutan itu fasik dan rosak mengikut hukum syarak.

Terdahulu dalam penghakimannya, Mohammad Adib berkata, kereta mewah yang diisytiharkan sebagai harta sepencarian ialah Nissan Murano, Nissan Elgrand dan Mercedes CLK manakala dua kereta mewah lain, Ssangyong Stavic dan Toyota Caldina bukan milik mereka kerana sudah dijual.

Manakala bagi tuntutan lain, mahkamah mendapati Norish gagal menyatakan dengan terperinci keterangan mengenai kedudukan lot dan nombor rumah serta tidak mengemukakan hak milik harta bagi kondominium di Danau Permai selain tiada sokongan kewangan mengenai perolehan tanah untuk rumah di Bangi.

“Defendan (Hashimuddin) mengeluarkan duit untuk pembinaan rumah di Bangi manakala plaintif hanya membantu dari segi rekaan dalaman rumah terbabit dan memastikan proses pembinaan rumah berjalan lancar. “Manakala kondominium itu dibeli defendan lima bulan selepas bernikah,” katanya. Sehubungan itu dakwaan plaintif tidak sempurna mengikut hukum syarak berikutan kekurangan fakta malah plaintif hanya menyatakan secara umum mengenai tuntutan itu sedangkan dalam hukum syarak tuntutan hendaklah terperinci untuk mengesahkan dakwaan.

Berhubung pegangan saham bagi tiga syarikat pula, mahkamah mendapati Norish tidak mengemukakan bukti saham itu diperoleh dalam tempoh perkahwinan. “Mahkamah meragui keterangan plaintif yang dalam keterangannya berkata, dia tidak mempunyai sokongan tunai dalam syarikat itu,” katanya. Pada prosiding semalam, Norish diwakili peguam syarie, Datuk Amli Embong hadir pada prosiding itu.

Peguam syarie, Muhamad Burok memberitahu mahkamah anak guamnya dalam perjalanan ke mahkamah, namun sehingga prosiding selesai Hashimuddin tidak kelihatan. Sementara itu, ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, Norish berkata, dia reda dengan keputusan itu dan yakin bekas suaminya tidak kejam dan boleh menimbangkan sesuatu untuk dirinya dan anak mereka.

“Tidak timbul isu kalah atau menang dalam kes ini. Saya reda dengan keputusan mahkamah, namun saya yakin Datuk (Hashimuddin) tidak kejam.

“Saya pasti dia beri hak kami,” kata pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Love You Mr Arrogant itu. Ketika ditanya berapa anggaran bagi ketiga-tiga kereta yang menjadi harta sepencarian mereka, Norish berkata, anggaran nilai semasa dibeli bagi ketiga-tiga kereta itu RM1.2 juta. Bekas peserta program realiti masakan, Masterchef Selebriti ke-2 itu juga menjelaskan selepas berpisah, dia menyara sendiri kehidupannya serta tiga anak.

“Datuk ada hulurkan bantuan terutama untuk anak. Tidak semua perkara saya bebankan dia,” jelas Norish. Norish atau nama sebenarnya, Nor’asikin Karman, 37, bernikah dengan Hashimuddin, 65, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 11 Januari 1998 di Perlis. Mereka bercerai secara rasmi pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dekat sini.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 12, Muhammad Hady Amieran, 8, dan Nur Hanyz Amanda, 7.

“Tahniah kepada Shahrizal yang kini diterima semula keluarga tunangnya (Redzwani Puteri)-Farah Nurizzati Salleh



Kuala Lumpur: “Tahniah kepada Shahrizal yang kini diterima semula keluarga tunangnya (Redzwani Puteri) dan saya berharap dia dapat menjaga hubungan mereka dengan baik dan jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya pun sudah melupakan kisah lalu dan mahu membina hidup baru,” kata Farah Nurizzati Salleh, 21, iaitu gadis yang ditangkap atas dakwaan khalwat dengan pelakon itu pada Mei lalu.
Menurut Farah, apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan. Selepas peristiwa hitam itu, Shahrizal atau lebih dikenali dengan nama Shah Jaszle, menyerang Farah di tempat kerjanya sehingga dia diberhentikan kerja 24 jam. “Selepas dia menyerang saya, kami tidak pernah berhubung atau berjumpa lagi. Namun saya tidak memusuhinya dan sekiranya kami terserempak di mana-mana, Insya-Allah saya akan menegurnya.
“Apa yang berlaku memberi pengajaran kepada saya. Saya juga bersyukur kerana sudah dapat kerja baru. Pada masa sama saya berkawan dengan seseorang yang juga kenalan lama saya yang dikenali sebelum saya berjumpa Shahrizal lagi.
“Saya terharu kerana ada juga yang sudi berkawan dengan saya yang mempunyai kisah silam yang amat pahit. Alhamdulillah dia menerima saya seadanya kerana dia sedar setiap orang buat silap, namun katanya pada saya jangan diulangi lagi kesilapan itu,” katanya.
Jelas Farah lagi, dia dan Shah Jaszle dibicarakan di mahkamah pada 12 November ini dan dia akan mengaku bersalah.
“Tak guna menegakkan benang basah kerana perbuatan kami disaksikan empat orang. Saya tak mahu menyembunyikan apa-apa kerana semua bukti terbentang di depan mata dan lebih baik saya terima hukuman daripada Allah SWT di dunia ini lagi. Sebaik saja kes ini selesai saya mahu mengerjakan umrah,” katanya. Shah Jaszle ditangkap khalwat bersama Farah pada 16 Mei lalu, di sebuah rumah di Pangsapuri Taman Sri Subang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jam 3.30 pagi.

Derita sakit punggung terbongkar perbuatan keji lelaki berusia 25

Kuala Lumpur: Bagai melepaskan anjing tersepit. Itulah perumpamaan bagi menggambarkan perbuatan keji seorang lelaki apabila sanggup meliwat kanak-kanak yang juga anak kepada dua rakan baiknya yang juga sepasang suami isteri.
Lelaki berusia 25 tahun itu ‘dikutip’ pasangan suami isteri terbabit untuk tinggal bersama sejak sebulan lalu selepas dia dihalau dari rumah sewanya kerana gagal menjelaskan sewa bulanan.
Difahamkan, mangsa gagal menjelaskan sewa rumahnya selepas dibuang kerja kerana masalah disiplin. Namun, perbuatan keji lelaki terbabit terbongkar kira-kira jam 6.30 petang, Selasa lalu, apabila anak lelaki yang berusia lima tahun itu menceritakan kejadian menimpanya sebelum ibu bapanya yang berusia 27 tahun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya mengadu sakit di bahagian punggung.
“Ibu mangsa membuat pemeriksaan terkejut apabila mendapati terdapat kecederaan sebelum mendesak menceritakan apa yang berlaku.
“Dalam ketakutan, mangsa memberitahu dia diliwat rakan baik ibu bapanya,” katanya. Sumber itu berkata, berang dengan kejadian menimpa, pasangan suami isteri itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini. Sehubungan itu, pasangan suami isteri itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.
Difahamkan, lelaki berkenaan masih belum ditahan, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

1,000 penyokong Ngap Sayot merempuh pintu pagar Stadium Negeri



1,000 rempuh pagar stadium


Lebih 1,000 penyokong Ngap Sayot merempuh pintu pagar Stadium Negeri, di sini, semalam selepas kecewa kerana tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Sarawak menentang Sime Darby malam ini tidak dijual.
Foto
Mereka sebelum itu menunggu di luar stadium sejak jam 8 pagi kerana menyangka penjualan tiket akan diadakan pada tengah hari selepas solat Jumaat.

Rupa-rupanya, perkara itu hanya khabar angin kerana 2,000 tiket untuk perlawanan malam ini sebenarnya sudah habis dijual di Wisma Hopoh kelmarin. Apabila petugas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mempamerkan kain rentang memaklumkan tiket sudah habis dijual, kira-kira jam 1.30 tengah hari, penyokong terbabit yang memenuhi perkarangan stadium mula bertindak agresif.

Foto


Mereka merempuh pagar sebelum memasuki stadium bagi menuntut penjelasan pengurusan FAS dan tidak menghiraukan arahan anggota polis yang menyuruh bersurai.

Sehingga jam 4 petang semalam, masih ada penyokong menunggu di stadium walaupun wakil FAS berulang kali memaklumkan tiket sudah habis dijual.

Seorang penyokong, Mohd Hilal Hanif, 23, berkata dia datang ke Stadium Negeri selepas diberitahu tiket perlawanan separuh akhir kedua itu akan dijual selepas waktu solat Jumaat.

Menurutnya, perkara itu menyebabkan peminat yang gagal mendapatkan tiket di Wisma Hopoh berpusu datang untuk membelinya di Stadium Negeri, tetapi hampa apabila mendapat tahu ia sekadar khabar angin saja.

“Kami bengang kerana sepatutnya wakil FAS memaklumkan mengenai kehabisan tiket lebih awal bukannya membiarkan kami menunggu sejak pagi,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Presiden FAS Datuk Sudarsono Osman dalam kenyataannya, semalam mengesahkan tiket perlawanan membabitkan pasukan Sarawak dengan Sime Darby FC sudah habis dijual.

Katanya, FAS mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang sudah membeli tiket dan memohon maaf kepada mereka yang gagal mendapatkan tiket.

PILU!!! SUAMI TANGKAP ISTERI BERKEMBAN BERSAMA DUDA

Isteri berkemban bersama duda
Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.


“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.

“Gambar saya itu tidak keterlaluan kerana lebih bersifat artistik. Ia hanya memaparkan organ kewanitaan,”-Artis Nikita Mirzani



Artis Nikita Mirzani amat terkejut ketika mengetahui foto sensasi miliknya tersebar di internet. Menurutnya, dia sudah menyimpan gambar berkenaan dengan rapi menyebabkan dia mencurigai mereka yang rapat dengannya.

“Saya tidak tahu mengapa gambar itu boleh tersebar kerana ia adalah foto peribadi. Gambar itu saya simpan di Facebook dan hanya keluarga dan teman rapat yang boleh melihatnya. Malah, hanya beberapa keping yang di muat naik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam sebuah blog, terdapat kira-kira 12 keping gambar menunjukkan Nikita tampil seksi mendedahkan bahagian atas tubuhnya. Ada juga gambar menunjukkan dia hanya memakai pakaian dalam. Dalam satu gambar pula, perempuan kelahiran Jakarta pada 17 Mac 1986 itu kelihatan seksi dengan sebahagian tubuhnya dipenuhi tatu.

Bagaimanapun, Nikita menganggap gambar dirinya itu tidak keterlaluan. Malah, bintang filem ‘Perempuan Liar’ itu mendakwa fotonya lebih bersifat artistik.



HUH MMG cari Hal...!!!!
“Gambar saya itu tidak keterlaluan kerana lebih bersifat artistik. Ia hanya memaparkan organ kewanitaan,” katanya.

ss : sapa suruh upload dalam Facebook, tapi kalau betul pun ...gambar macam kat atas tu patut ke upload ke Facebook. Memang sengaja cari pasal, dah la tau diri tu artis. Semoga ia menjadi iktibar kepada artis-artis di luar sana dan kepada anda amnya.

Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri !!

[Gila] 11 Isteri Kongsi 1 Suami..





KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Krisis penutupan sementara sebahagian operasi pentadbiran di Amerika Syarikat (AS)- Obama tangguh lawatan


Sepang: Krisis penutupan sementara sebahagian operasi pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) memaksa Presidennya, Barrack Obama menangguhkan lawatan ke Malaysia yang dijadualkan pada 11 dan 12 Oktober ini.
Berita penundaan lawatan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media selepas melancarkan pembinaan Hangar Kedua Pusat Penyelenggaraan dan Baikpulih (MRO) Sepang Aircraft Engineering (SAE) dan pelancaran Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di sini, semalam.
Obama dijangka membuat kunjungan sulungnya ke Malaysia pada tarikh berkenaan selain dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global Keempat (GES) 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini yang juga sebahagian daripada rangka lawatannya ke lima negara ASEAN.
Pada sidang media itu, Najib berkata, beliau menerima panggilan daripada Obama pagi semalam bagi memaklumkan penangguhan itu, malah Presiden AS itu turut menyatakan hasratnya untuk melawat Malaysia pada masa depan.
Menurutnya, beliau memahami masalah dihadapi oleh Obama yang terpaksa berdepan dengan masalah dalaman negara selain cabaran untuk menaikkan had maksimum hutang negara pada 17 Oktober ini.
“Dalam perbualan telefon itu, saya menyatakan kepada Obama bahawa saya faham mengenai keadaan domestik di AS sehingga tidak mengizinkan beliau untuk melakukan lawatan ke Malaysia selain mengelak kunjungan itu dipertikai masyarakat AS.
“Obama turut menghargai peranan dimainkan Malaysia dan juga hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat buat masa ini,” katanya.

✽ KETIKA WANITA MENANGIS ✽


Ketika wanita menangis bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya,melainkan dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis itu bukan berarti dia tidak berusaha menahannya,melainkan Karena pertahanannya sudah tak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis itu bukan karena dia ingin terlihat lemah,melainkan karena dia sudah tak sanggup berpura-pura kuat

Mengapa wanita menangis? Tentunya karena dia juga manusia yang memiliki perasaan,mereka tidak pernah menuntut banyak kecuali hal-hal tertentu,mereka tidak pernah meminta banyak,kecuali pengertiian

Kadang mereka terlihat manja,banyak maunya atau mungkn di mata lelaki mereka hanyalah mahluk yang menyusahkan.

Tapi ketahuilah mereka masih tetap berdiri tegar meski lelaki telah menghantam mereka dengan banyak rasa sakit yang mendera,

Mereka masih tetap seperti orang yang sama,ketika lelaki berusaha pergi menghindar,lantas datang kembali membawa asa, meski mereka terlihat tidak peduli,

Meski mereka terlhat mengacuhkan,tapi percayalah jauh di lubuk hati mereka,mereka punya sejuta do'a untuk laki" yang di cintainya.

Karena wanita ditaqdirkan untuk berpasangan,bukan untuk menjalani kesendirian..

Wanita memang selalu tampak berlebihan dalam mengekplorasi perasaan mereka,itulah mengapa ada anak yang terlahir dari rahimnya,karena itu Allah ciptakan ruang luas di bawah hati untuk bernaungnya hasil cinta mereka,

Karena itulah, Allah mentaqdirkan dia sebagai mahluk yang terlihat lemah di luar,namun ia kuat di dalam.

Maka hargailah kehadiran mereka,sekecil apapun artinya dalam hidupmu (wahai lelaki)..