Gaji guru-guru sebuah sekolah di Kedah lesap angkara satu email!!
Ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menghantar e-mail kepada pihak sekolah di seluruh Kedah, yang meminta butiran dan perincian akaun bank guru-guru, kononnya untuk dikemaskini. Tujuan utamanya adalah untuk merompak dan mengosongkan akaun gaji guru-guru yang telah diperdayakan oleh penjenayah berkenaan.
Lebih malang lagi ialah apabila ada sesetengah guru pula, tiba-tiba sahaja dihubungi oleh pihak bank bertanyakan tentang pinjaman peribadi mereka sebanyak RM250,000 yang tidak pernah mereka minta atau diketahui sebelum ini.
SKMM perlu bertindak segera untuk menangani masalah ini bersama-sama pasukan polis. Jenayah sebegini semakin kerap kedengaran kebelakangan ini memandangkan penguatkuasaan yang amat lemah dan tindakan yang agak lambat.
0 comments:
Post a Comment