Aaron Aziz masih hidup:Diyana Halik

Aaron Aziz masih hidup: Isteri
Kuala Lumpur: “Aaron OK, Alhamdulillah. Dia sekarang berada di Cape Town menjalani penggambaran program Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua, berita yang dilaporkan adalah palsu,” kata Diyana Halik isteri kepada pelakon popular, Aaron Aziz.
Diyana yang berada di ibu negara ketika dihubungi melalui WhatsApp mengulas mengenai kontroversi membabitkan suaminya yang dikhabarkan sebuah laman web agensi berita antarabangsa, Global Associated News, Isnin lalu, menyatakan pelakon kelahiran Singapura itu meninggal dunia akibat kemalangan ketika meluncur papan salji di Zermatt Ski Resort, Switzerland.
Sebelum ini, pelakon filem Ombak Rindu itu mengalami sakit sendi tengkuk (Cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut Diyana, Aaron sibuk dan mula berada di Cape Town sejak 28 September lalu dan akan pulang ke tanah air pada November ini.

“Dia tidak pergi pun ke tempat yang dinyatakan. Saya sendiri tidak faham mengapa berita itu tersebar dan siapa yang punya angkara. Segala tindakan terpulang pada Aaron dan setakat hari ini saya belum berkesempatan berbincang dengannya mengenai isu ini,” katanya lagi.

Menurut laman web berkenaan, Aaron diterbangkan menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan perubatan tetapi dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kesan kemalangan.

Aaron dikatakan memakai topi keledar keselamatan dan tidak terbabit dengan dadah atau alkohol ketika kejadian.

0 comments:

Post a Comment