Padah lari polis terbabas ke dalam longkang
KERETA Golf GTI dinaiki lima lelaki yang terbabas ketika melarikan diri daripada polis di Lukut, Port Dickson dekat Negeri Sembilan semalam.
PORT DICKSON – Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila sebuah peti besi yang disamun di Taman Tanjung Lukut di sini terpaksa ditinggalkan selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang semalam.
Kejadian pada pukul 7.40 pagi itu berlaku apabila lima suspek yang menaiki kereta Volkswagen Golf GTI terserempak dengan polis selepas menyamun sebuah rumah kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Dalam kejadian itu, suspek tersebut melarikan sebuah peti besi berisi barangan kemas dan dua buah kereta jenis Toyota Vios serta Mazda 6 milik mangsa.
0 comments:
Post a Comment