MAT YO MENUNGGU WISEL DITIUP PENGADIL SEBELUM MELERAIKAN PERTENGKARAN ISTERI DAN PENGAWAL KESELAMATAN?
Berikut rakaman video sewaktu kejadian berlaku. Pertengkaran di antara pengawal keselamatan, Azman Mohd Nayan, 49 tahun dan wanita dipercayai isteri Mat Yo.
Ajaibnya, pemain bola sepak terkenal, Mat Yo hanya sekadar tercegat, melihat dan mendengar.
Mungkin dia menunggu wisel dibunyikan oleh pengadil.
JIKA wanita itu isteri Mat Yo, dia sepatutnya menasihatkan pasangan hidupnya itu agar tidak bersikap begitu. Lapangan terbang bukan stadium.
Adakah isteri Mat Yo benar benar KERABAT? Kerabat diraja mana?
Gambar di bawah dimuat naik daripada fb Himpunan Cerita Lawak.
Gambar di bawah dimuat naik daripada fb Himpunan Cerita Lawak.
Berikutan insiden terbabit kini nama Nor Shahrul Idlan Tallaha atau Mat Yo menjadi LEBIH dikenali.
Apakah antara damage control perlu dilakukan oleh Mat Yo dan isteri agar kes ini tidak akan terus memburukkan nama pemain bola sepak itu?
Mudah.
Cari kembali pengawal keselamatan itu, mohon maaf. Mohon maaf kerana dia lebih tua. Samada dia bersalah atau tidak, itu soal kedua. Tindakan menyaman lelaki itu di mahkamah, jika menang sekalipun, tetap tewas pada pandangan masyarakat.
0 comments:
Post a Comment