Dua Kanak-Kanak Perempuan Mati Dalam Mesin Basuh ???
Datuk mangsa berkata, mayat kanak-kanak ditemui oleh ayah mereka dalam mesin basuh yang tertutup selepas melihat kelipan lampu pada mesin tersebut. Saksi yang membantu membawa kanak-kanak tersebut ke hospital berkata, seluruh tubuh mereka bengkak dan mengalami calar-balar. Bukan itu saja, terdapat banyak darah dalam mesin basuh.
Menurut laporan sebuah portal di China, lima minit sebelum kejadian itu, ibu-bapanya masih mendengar suara kanak-kanak tersebut bermain sebelum menyedari kehilangan mereka. Bagaimanapun, kes itu turut menimbulkan kecurigaan di kalangan orang ramai dan dibincangkan di laman blog dan sosial. “Kerusi yang berada di situ sangat tinggi. Bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh memanjatnya? Adakah ia satu pembunuhan dengan niat?” Disebabkan itu kes ini masih disiasat. –
0 comments:
Post a Comment