Air Laut Bertukar Menjadi Warna Merah

Mungkin sesuatu yang mengejutkan apabila air laut boleh bertukar menjadi warna merah secara tiba-tiba. Secara fitrahnya apa yang kita lihat, air laut boleh berubah sifat berdasarkan faktor di kawasan tersebut. Siapa nak mandi kan, kalau warna air laut menjadi begini. Ia secara jelas merupakan satu fenomena yang pelik dan sukar untuk kita lihat berlaku di Malaysia.



Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabilaairnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem ‘Jaws’.

Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.
Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.