Nora Danish Akan Beraya Bersama Fasha Sandha Di Rumah Bekas Mertua


nora danish
Ternyata tiada lagi keruh di dalam hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha apabila Nora mengesahkan yang mereka akan beraya bersama-sama kelak. Tak sabar rasanya untuk melihat gambar mereka berdua bermaaf-maafan di pagi raya.

Memang betullah orang kata anak ini peng
hubung kasih sayang.
Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.
Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana.