GAMBAR EKSLUSIF FARID KAMIL BERSAMA KELUARGA


Sejak bayi pertama Farid Kamil dan Diana Danielle lahir pada 2 Julai lalu, pasangan ini nampaknya jarang berkongsi foto-foto comel bayinya itu bersama peminat sama ada menerusi laman Instagram mahupun Twitter.


Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana untuk pasangan tersebut mencari privasi keluarga mereka sendiri, memandang sebelum ini terdapat pelbagai kontroversi yang timbul mengenai kelahiran putera sulung mereka itu.



Akan tetapi, terbaru aktres filem Sembunyi – Bisikan Azazil ini telah memuat naik sekeping foto keluarga bahagianya bersama Farid menerusi laman Instagram dengan caption berbunyi :
Babah ibu & lil boss ? #family

 Menerusi foto yang dipaparkan, Diana dan Farid kelihatan begitu gembira di samping bayi mereka dan kebahagiaan tersebut jelas terpancar melalui senyuman yang ditonjolkan oleh pengarah muda terbabit.