BANGKAI BUAYA GERGASI DI KUALA SELANGOR
Ini buaya gergasi! itulah kata-kata yang terpancul dari mulut penduduk setempat apabila melihat seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing.
Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar dengan buaya yang sudah tidak bernyawa tersebut, dan salah seorang daripada mereka berkata tidak pernah melihat buaya berukuran sebesar itu di depan mata.