Penyamun pecah masuk siang hari

sekadar hiasan

Zaman sekarang apa pun boleh berlaku...macam2 hal...Hati2 ...sbb macam2 orang gila dah ada la nie...sanggup buat kerja gila...

Rawang: Sekumpulan lelaki sanggup membuka satu persatu skru pintu jeriji sebelum memasuki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Green Park di sini, dan melarikan barangan berharga termasuk sebuah kereta mewah jenis BMW, kelmarin.
Difahamkan, kejadian itu berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Kumpulan lelaki terbabit tidak menjalankan kegiatan, samun seperti mana biasa seperti memotong mangga atau memecahkan tingkap tetapi dalam kejadian itu, skru pintu jeriji dibuka dengan sempurna.
Mangsa, Terry Yan, 37, berkata, dia kerugian lebih RM180,000 selepas kereta mewah yang baru dibeli sebulan lalu turut hilang.
“Pada hari kejadian, saya ke tempat kerja dengan menggunakan sebuah lagi kereta dan meninggalkan kunci kereta BMW itu di ruang tamu. “Saya percaya lelaki terbabit memasuki rumah ini melalui pagar hadapan, namun ia tidak disedari jiran. Sebaik tiba di rumah, saya mendapati pintu pagar terbuka, kereta tiada di anjung, malah pintu jeriji pula ditanggalkan dan diletakkan di atas sofa,” katanya.
Berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Rawang.
Menurutnya, selepas memasuki rumah, dia mendapati ruang tamu dan bilik berselerak sementara pakaian disimpan di dalam almari turut dikeluarkan.
“Pemeriksaan mendapati beberapa barangan termasuk barang kemas, iPad dan pasport turut dilarikan dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM4,000.
“Diharap sesiapa yang melihat kereta bernombor pendaftaran WPN 1919 dapat menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment