Terkini!! Kesalahan rogol boleh dipenjara sehingga 30 tahun-Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang dibentangkan semalam memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang dan mencederakan pasangan masing-masing.
Rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat.
Bagi kesalahan jenayah seksual, rang undang-undang itu memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun berbanding 20 tahun ketika ini selain menaikkan hukuman minimum dari lima kepada 10 tahun.
KOSMO
0 comments:
Post a Comment