Terkini!!Tasha Shila Masih Mencari Cinta..
Tasha Shilla tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodohnya dengan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli. Namun, pelakon tersebut menegaskan hubungannya dengan bintang sukan itu hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.
“Saya tidak pernah cakap yang saya sedang menjalinkan hubungan dengannya. Kami sekadar berkawan dan tiada hubungan serius. Perkara ini digembar-gemburkan kerana dia merupakan seorang yang dikenali,” ujar Tasha ketika ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody di The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tasha turut menjelaskan kedua mereka masih muda dan fokus utama adalah kepada kerjaya masing-masing. Tasha juga menganggap kerjayanya dalam bidang lakonan masih hijau dan memilih untuk memberikan sepenuh perhatian kerjaya seninya.
“Saya masih sendiri dan sekarang fokus utama adalah kerjaya. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin namun jodoh, ajal dan maut adalah di tangan Tuhan dan saya menyerahkan segalanya kepada Tuhan,” ujar Tasha.
Menjawab mengenai isu yang mana namanya dikaitkan dengan prestasi permainan bola sepak Mahali, Tasha menafikan yang dia mempengaruhi naik turun prestasi pemain bola sepak negara terbabit.
“Sebab itu Tasha tak suka bercerita tentang hubungan atau sebagainya kerana jika sebarang isu timbul seperti turun naik prestasinya ini, maka Tasha akan dikaitkan,” katanya.
Selain itu, Tasha turut berkongsi yang dia kini sedang mengenali hati budi beberapa orang jejaka kerana baginya sebelum ke peringkat seterusnya proses tersebut adalah penting bagi sesuatu hubungan. Tasha meminati lelaki yang bertanggungjawab, menerima dirinya seadanya dan mempunyai kerjaya yang stabil.
0 comments:
Post a Comment