Jimmy Shanley Sudah Berkahwin Dengan Janda?


Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley mengambil pendirian mengunci mulut dari mengulas lanjut mengenai spekulasi yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda.
“Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya .
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, sebelum ini pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan dengan Nursuhaila, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley, 2.
Dalam pada itu, Jimmy berkata, dia masih enggan mengulas lanjut mengenai kedudukan sebenarnya kerana dia belum bersedia dan bimbang kenyataannya akan disalah erti oleh orang.
“Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu. Apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar.”



0 comments:

Post a Comment