Aktres Bercinta Dengan Kaum Sejenis????


Gosip yang ini betul-betul memeranjatkan, mengenai seorang pelakon wanita yang cukup terkenal dengan keramahan dan sifat‘happy go lucky’. Dengar khabarnya, pelakon yang tersenarai di kalangan lima teratas sebuah majlis anugerah baru-baru ini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang krew produksi sebuah rancangan TV.
Baguslah pelakon ini ada teman baru, kerana sebelum ini pun hubungan yang pelakon ini bina dengan seorang lelaki tak kekal lama. Tapi apa yang tak bagusnya pula ialah pelakon wanita ini didakwa sedang asyik bercinta dengan kaum sejenis!

Tergamam apabila mendengarkan khabar ini.Maklumlah,ia bukan datang daripada orang yang rapat dengan aktres wanita ini. Menurut sumber itu,  aktres ini mula berhubungan dengan ‘teman’ barunya semenjak rakaman rancangan TV itu bermula.
Teman  barunya  yang  berperwatakan lelaki ini pun dilihat senang mendampingi aktres ini. Apa dah jadi? Takkan sebab kegagalan hubungan lama dengan lelaki lain, aktres ini sudah beralih arah?
Apa yang pasti, berharap khabar ini hanyalah sekadar gosip nakal semata-mata. Mungkin pelakon wanita comel ini hanya berkawan rapat dengan ‘teman’ barunya, siapa tahu? Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pelakon wanita ini.

0 comments:

Post a Comment