Adi Putra merancang untuk bercuti ke luar negara


Isu skandal Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang benar-benar mengegarkan industri hiburan tanahair. Pelakon yang selama ini berimej bersih sedikit tercalar ekoran kontroversi ini. Namun sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Setelah membiarkan isu ini meluas tanpa sebarang penjelasan, akhirnya Adi Putra tampil membuka mulut. Malah, isterinya Aida Yusof juga dilihat sering berada disamping suaminya biarpun menganggap kontroversi yang melanda adalah satu dugaan buat mereka.

“Saya tetap sayang dan cintakan isteri saya. Dia merupakan tanggungjawab saya, maka sebagai suami saya perlu memelihara maruahnya. Kami merancang untuk bercuti ke luar negara, jadi dari situ kami akan tahu adakah hubungan ini goyang atau goyah.
“Saya bersyukur kerana mendapat sokongan padu isteri, keluarga serta rakan selain perkara ini tidak menjejaskan karier kerana saya percaya rezeki di tangan Tuhan.
“Malah saya juga memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan sudah ke sebuah balai polis ditetapkan untuk memberi keterangan. Biar polis yang menjalankan siasatan dan selepas selesai siasatan itu, barulah saya membuka mulut bagi menjelaskan perkara ini,” ujar Adi Putra yang memelut erat isterinya.

Isterinya juga mengakui tidak terkejut dengan kontroversi itu kerana memahami perkara tersebut sebagai asam garam bergelar anak seni. Malah dia juga turut akur bahawa Adi sememangnya mempunyai ramai peminat wanita.

“Saya memang tidak terkejut kerana saya tahu Adi ramai peminat dan pelbagai perkara boleh terjadi. Perkara ini masih berada di dalam siasatan dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas,” ujar Aida.