Adam AF dan Fiza Elite akan kahwin pada Khamis 26 September 2013


Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang kini berusia 29 tahun dikhabarkan akan mendirikan rumahtangga pada hari Khamis ini

Melalui laporan akhbar Berita Harian,dalam sisipan ruangan Hip, wanita yang menjadi pilihan pasangan hidup Adam AF adalah Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim (33 tahun)



Sebagai makluman, Fiza adalah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Selain itu Fiza pernah mendirikan rumah tangga pada September 2006, namun bercerai pada November 2010

Difahamkan pasangan ini berkenalan pada Ramadan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian

0 comments:

Post a Comment