16 penumpang bas tercampak, drebar maut
Rompin: “Bas ekspres dinaiki tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan pemandunya cuba memasuki laluan asal, tetapi tidak berjaya sebelum ia merempuh pembahagi jalan lalu terbalik.
“Semua penumpang tercampak daripada tempat duduk masing-masing dan mengerang kesakitan,” kata Siti Nordiana Mohamad, 19, semalam.
Siti Nordiana yang juga penuntut Kolej Politeknik Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kota Bharu, Kelantan antara 16 penumpang bas ekspres Shamisha Holiday yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 158.9, Jalan Johor Bahru-Kuantan berhampiran Tanjung Gemuk.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, pemandu bas berkenaan, Ismail Ali, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala semua penumpang cedera ringan.
Menceritakan detik kejadian, Siti Nordiana berkata, kira-kira setengah jam selepas berhenti rehat di Cherating, Pahang bas ekspres berkenaan meneruskan semula perjalanan.
“Kami bertolak dari Kota Bharu dan singgah di Rantau Panjang untuk mengambil penumpang sebelum terus ke Pasir Gudang, Johor.
“Sebaik melepasi pekan Rompin, Pahang bas beberapa kali seolah-olah tidak dapat dikawal, namun pemandunya tetap meneruskan perjalanan,” katanya.
Menurut Siti Nordiana, dia berasakan pemandu bas ekspres berkenaan mengantuk sebelum bas yang bergerak laju itu tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.
Katanya, pemandunya cuba memasuki laluan asal sebelum merempuh pembahagi jalan lalu terbalik.
“Perasaan saya memang berdebar setiap kali bas terhuyung-hayang, namun tidak berani menegur pemandunya yang ketika itu sedang memandu laju.
“Pemandunya juga mungkin keletihan kerana tiada pemandu kedua sedangkan perjalanan sangat jauh,” katanya.
Siti Nurul Syamihah Mohd Razali, 21, pula berkata, sebaik bas terbalik, dia bersama penumpang lain terus merangkak keluar sebelum dibantu anggota bomba dan polis serta orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, siasatan mendapati, pemandu bas terbabit hilang kawalan selepas melalui satu selekoh sebelum merempuh pembahagi jalan berhampiran Stesen Petronas Tanjung Gemuk.
“Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Semua penumpang hanya mengalami luka kecil,” katanya.
Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Pulai Chondong, Machang, Kelantan dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk dibedah siasat, manakala penumpang pula dirujuk ke Klinik Kesihatan Tanjung Gemuk dan Hospital Rompin,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-Harian Metro-
0 comments:
Post a Comment