KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR KL DILANDA BANJIR KILAT

KOLEKSI RAKAMAN GAMBAR KL DILANDA BANJIR KILAT.... TEROWONG SMART RM2BILLION DIKATAKAN GAGAL BERTINDAK SMART!!!!!


Objektif utama terowong SMART bernilai RM2billion ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan denganSungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan.
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang tadi 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang teruk  

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
 
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
 
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,"

Jelas sekali pembinaan terowong SMART bernilai RM2billion masih gagal untuk menyelesaikan masalah banbjir kilat sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini .

0 comments:

Post a Comment