Terkini Isu Kontroversi Artis Jimmy Shanley Berkahwin Dengan Janda Secara Sulit?



Terkini Isu Kontroversi Artis Jimmy Shanley Berkahwin Dengan Janda Secara Sulit?

 Cerita sensasi artis Jimmy Shanley telah dikatakan berkahwin secara rahsia dengan perempuan yang berstatus janda sebagai isteri terbarunya. Beberapa gambar ditayang kemesraan Jimmy Shanley dengan seorang wanita dipercayai isteri terbarunya tetapi enggan mengulas dan memperkenalkannya kepada wartawan media untuk dikongsikan bersama para peminatnya. Betul ke khabar angin yang tersebar mengenai status janda isteri Jimmy Shanley? Ikuti penjelasan dan perkembangan terbaru Jimmy Shanley yang banyak menyepi kerana tidak mendapat tawaran sebagai pengacara seperti beberapa tahun yang dahulu.

Jimmy+Shanley+Kahwin+Dengan+Janda+Secara+Sembunyi
Jimmy Shanley Kahwin Dengan Janda Secara Sembunyi

Gosip Sensasi Jimmy Shanley Kahwin Lagi

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.

Jimmy atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33 tahun, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.

"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan (Gambar Foto) Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27 tahun, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Jimmy+Shanley+Enggan+Komen+Kehidupan+Peribadi+Kepada+Media
Gambar Jimmy Shanley Kahwin Isteri Baru Enggan Komen Kehidupan Peribadi Kepada Media

0 comments:

Post a Comment