Terkini: Dua Geng 36 Ditembak Mati Oleh Polis-(6 foto)

Dua anggota Geng 36 dan salah seorang dikenali sebagai Teratai Boy telah mati ditembak oleh polis selepas berbalas tembak dan dipercayai melepaskan 5 das tembakan ke arah anggota polis.


(Gambar uncensored suspek Teratai Boy yang mati ditembak oleh pihak polis)

#BERITA PENUH

Melaka: Seorang daripada dua anggota kongsi gelap Geng 36 yang terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di Cheng, di sini, semalam dikesan memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh.

Suspek yang berusia 35 tahun dikenali sebagai Teratai Boy dipercayai pernah mengganas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulai Pinang, manakala rakannya yang berusia 25 tahun dikesan memiliki satu rekod jenayah membabitkan kes dadah.

Kedua-dua penjenayah berbahaya yang menaiki Perodua Myvi mati akibat terkena tembakan polis dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Lebuh SPA (Sungai Udang-Paya Rumput) – Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin), kira-kira jam 9.20 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebelum itu kedua-dua lelaki terbabit melepaskan tidak kurang lima das tembakan ke arah polis sebaik diarah memberhentikan kenderaan mereka.

Terdahulu, katanya, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengesan kereta dipandu penjenayah itu di persimpangan berkenaan. – Harian Metro

GAMBAR GENG 36 MATI DITEMBAK POLIS DI MELAKA