PENGAKUAN WAN NOR AZLIN YANG TERDESAK!!!


Dah lama tidak dengar cerita gosip sensasi mengenai artis Wan Nor Azlin, dulu heboh satu Malaysia tentang kes skandal video seks bersama suami tersebar. Kes ah long mencari Wan Nor Azlin sehingga diugut dengan pelbagai cara. Terbaru Wan Nor Azlin dilabelkan sebagai anak derhaka kerana disaman oleh bapanya sendiri berkenaan dengan harta iaitu rumah yang diduduki sekarang milik ayahnya. Wan Nor Azlin telah diheret ke mahkamah kerana enggan keluar dari rumah yang diduduki bersama anak-anaknya. Difahamkan Wan Nor Azlin terpaksa berlakon kembali untuk menyara kehidupannya yang terumbang-ambing selepas bercerai. lebih mengejutkan Wan Nor Azlin tidak kisah digelar anak derhaka oleh orang ramai kerana kesulitan hidupnya memaksa berbuat demikian. Masalah keluarga pun terpaksa dibawa ke kes mahkamah kerana rundingan secara peribadi tidak mencapai kata putus kerana Wan Nor Azlin tetap tidak berganjak untuk keluar rumah milik bapanya. Apa kesudahan kes ini? Wan Nor Azlin sudah tentu memikir kesan baik dan buruk berkenaan isu ini, dan keputusannya dijangkan Wan Nor Azlin akan diheret keluar dari rumah tersebut jika terus ingkar oleh arahan mahkamah nanti. 

0 comments:

Post a Comment