Peminat dakwa isteri Matyo sakit jiwa !!!


Assalamualaikum

Peminat dakwa isteri Matyo sakit jiwa - Di sebalik permohonan maaf secara terbuka isteri Matyo kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi Berita Harian berhubung kontroversi memaki hamun seorang pengawal keselamatan, namun masih ada segelintir individu yang mendakwa dirinya sebagai sakit jiwa.

Tidak diketahui motif sebenar individu terbabit membuat dakwaan demikian tetapi nyata mereka cukup membenci Siti Aisya Adam. Kesian pula isteri pemain bolasepak ini kan. Yang peliknya, dia sendiri mengakui tidak memuatnaik video berdurasi 55 saat itu kerana hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan keluarga.


Berikut ialah kata-kata permohonan maaf Aisya kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia meminta agar masyarakat tidak terus meghukum dirinya memandangkan dia sendiri memang seorang yang amat menghormati orang tua.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak. Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak."

"Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?"

"Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis."

"Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun."

"Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul."

Best regards,
ANa Ahmad

0 comments:

Post a Comment