Maut buang tatu pada badan!!!


Sungai Petani: Seorang lelaki yang bakal menghadiri temu duga bagi jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, awal pagi kelmarin, apabila tidak sedarkan diri selama 12 hari akibat membuang tatu di badannya di sebuah klinik swasta, di sini, 12 September lalu.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, N Dinesh Nair, 25, dari Taman Tiong, Kulim, ke sebuah klinik di Jalan Sekerat, di sini, bagi membuang tatu di badannya, namun tiba-tiba pengsan ketika proses mencuci sebelum dikejarkan ke HSAH dengan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH, namun meninggal dunia selepas 12 hari di situ, kelmarin,” katanya.ICU, mangsa masih koma sebelum meninggal dunia pada jam 5.30 pagi, kelmarin.
“Mangsa membuang tatu di klinik berkenaan selepas mendapat surat panggilan temu duga bagi jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. di sini, semalam.
Berikutan itu, keluarga mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan klinik berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kaula Muda, pagi kelmarin.
Jurucakap polis mengesahkan kejadian.

0 comments:

Post a Comment