Mat Yo elak jumpa wartawan
Johor Bahru: “Saya dah lambat,” itu reaksi penyerang bola sepak kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih dikenali sebagai Mat Yo ketika cuba didekati wakil media sebelum sesi latihan Johor Darul Takzim (JDT) berlangsung kira-kira jam 5 petang di Padang Seri Gelam, di sini, semalam.
Dia ditemui bagi mendapatkan ulasan berkaitan klip video pertengkaran isterinya, Siti Aisya Adam, 24, dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, baru-baru ini.
Nor Shahrul kemudiannya berlalu pergi dan mengikuti sesi latihan bermula jam 5 petang hingga 6.30 petang.
Selepas tamat latihan dia sekali lagi dihampiri wakil media, namun gagal ditemu ramah kerana diiringi pengawal keselamatan sehingga ke tempat letak keretanya di pekarangan padang sebelum memandu meninggalkan lokasi.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan ketika ditemui berkata, dia diarahkan pemain posisi penyerang itu untuk mengiringi dan mengawalnya sejak tiga hari lalu.
0 comments:
Post a Comment