Yazid Luah Kekecewaan terhadap SEARCH

Kata Yazid kepada Utusan Malaysia:- Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.
Pedih. Memang pedih ayat yang dikeluarkan oleh Yazid ini. Memang siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Untuk anda yang tidak tahu, pemain dram kumpulan Search ini telah pun dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang sejak hari raya ketiga. Menurut Yazid, kesemua anggota Search yang lain sudah pun mengetahui dirinya dimasukkan ke hospital. Sayangnya tiada seorang pun yang datang melawat.