Planes - Dua versi bahasa



Bagai satu fenomena baru, Walt Disney Studios tidak ketinggalan untuk melakukan alih bahasa filem Planes ke bahasa Melayu dan memilih penyampai radio Era, Haniff Hamzah sebagai teraju utama Planes iaitu Dusty.

Jadi penonton yang ingin menonton Planes boleh memilih sama ada mahu menonton Planes dalam versi bahasa asal atau bahasa Melayu.

Haniff berkata, berbeza dengan filem The Smurfs dan Madagascar, dia memegang watak utama dalam filem ini.

“Perjalanan cerita saya dari mula sampai akhir selama dua jam. Cabarannya, apabila saya tidak cukup rehat disebabkan berada di konti dari jam 5 hingga 10 pagi diikuti proses alih suara hingga malam.

“Jadi, ada ketikanya, suara saya menjadi kasar dan terpaksa mengambil masa untuk pulih semula,” katanya.

Jika anda ingin mengetahui pengakhiran kisah Dusty dan mencari-cari sebuah filem santai yang sesuai ditonton seisi keluarga, jangan lupa saksikan Planes di pawagam.