Pengusaha Nasi Kukus Mati Ditikam Depan Kedai!
Mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui seorang pemuda terbaring di depan premisnya, kira-kira jam 7 pagi.
KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di badan dipercayai menjadi mangsa samun sebelum kenderaan pacuan empat roda dan beg duit miliknya dilarikan dalam kejadian di tempat letak kereta berhadapan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, Dungun, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di hadapan premisnya oleh seorang pemuda berusia 27 tahun kira-kira jam 7.30 pagi. Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa keluar dari rumahnya yang terletak di tingkat satu premis berkenaan untuk memasukkan wang hasil jualan perniagaannya di sebuah bank di bandar Dungun sebelum didatangi suspek.
"Berdasarkan keterangan isteri mangsa berusia 25 tahun, menjadi rutin harian mangsa keluar bersendirian pada waktu berkenaan untuk menjalankan urusan di bank sebelum menunaikan solat Subuh di masjid.
"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa ingin masuk ke dalam kenderaannya sebelum didatangi suspek yang menyerang mangsa menggunakan senjata tajam," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.
Manoharan berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap badan mangsa menemui dua kesan tikaman di bahagian atas dada dan bahu kiri mangsa.
Katanya, pihaknya masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dijangka akan dilakukan pada hari ini di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini bagi mengenal pasti kecederaan sebenar dan punca kematian mangsa.
"Kita percaya jenayah berkenaan dilakukan lebih daripada seorang suspek yang turut melarikan Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445 dan beg duit milik mangsa sejurus kejadian itu.
"Bagaimanapun, kita ada menemui satu ikatan wang tunai di dalam poket baju dipakai mangsa dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui jumlah wang tunai itu serta adakah wang berkenaan adalah hasil jualan yang ingin dimasukkan ke dalam bank oleh mangsa.
"Polis ingin memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian ini agar tampil atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan Seksyen 392/397 KK kerana melakukan rompakan menggunakan senjata. – HARIAN METRO