TERKINI!!! OPERASI PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI RAKYAT MESIR


Pagi ini tentera dan polis sudah mula bertindak untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan Nahdah. Kereta perisai polis dan tentera telah mula dikerahkan untuk mengepung kedua-dua tempat tersebut.

Ikhwanonline : melaporkan pasukan polis kini memulakan serangan bagi menyuraikan perkumpulan di dataran Raba’ah dan Nahdhah sebentar tadi. Pasukan penembak tepat juga mengambil kedudukan di atas bangunan Perisikan berhampiran Raba’ah. Dataran Nahdhah pula polis melepaskan gas pemedih mata. Polis mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong Mursi di dua dataran ini berkurangan selepas solat Subuh tadi.

Dataran Nahdhah, berhadapan Universiti Kaherah sekarang menyaksikan khemah-khemah sementara mula diruntuhkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah juga berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera. Jumlah kematian di Nahdhah tidak dapat dianggarkan setakat ini kerana terlalu ramai.



Sekarang suasana di Medan Rabaah Adawiyyah. Keadaan sekitar Dataran Rabia’ah A’adawiah selepas diceroboh oleh regim al-Sisi sebentar tadi.



Pasukan tentera dan polis dilaporkan telah membakar hospital awam Raba’ah.Sumber RNN: Pasukan polis menyerang bangunan hospital yang terletak dalam kawasan Masjid Rabaah. Hospital itu menjadi pusat rawatan kepada para mangsa yang cedera dan mayat para syuhada’ ditempatkan.

Pihak berkuasa memutuskan bekalan elektrik di hospital itu sebelum menangkap mangsa yang cedera selain membawa keluar mayat yang terkorban.Pada Masa yang sama Naib Presiden Mesir lantikan tentera, Dr.Mohammed El Baradei meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Mesir.






Terdapat mayat penyokong Mursi dibakar oleh pasukan keselamatan di Nahdhah. Angka syuhada’ terus meningkat di medan jihad Raba’ah dan Nahdhah sekarang termasuk Lebih 30 ulamak Al-Azhar serta ribuan penyokong Presiden Dr.Muhammad Mursi telah syahid . Kemungkinan jika berterusan maka makin ramai akan menjadi korban. Laknat Allah ke atas As Sisi.






Gambar Para Syuhada’

Sumber RNN : Polis menembak gas beracun yang dahsyat di kawasan Raba’ah. Saksi juga memberitahu pasukan penembak tepat juga berada di dalam pesawat tentera yang melakukan penerbangan di ruang udara Raba’ah.




Antara penembak tepat di atas bangunan Perisikan yang mensasarkan Rakyat Mesir

Jumlah Kematian Rakyat Mesir Hari Ini

TV Al-Jazeera : Jumlah korban meningkat mendadak kepada 2,200 orang dan 10,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara itu Ikhwanonline melaporkan jurucakap Jabhah Salafiyah Hisham Kamal turut terbunuh ialah 65 orang kanak-kanak, ramai di tahap kritikal. Operasi besar-besaran ini bermula jam 7.00 pagi tadi waktu Mesir (1.00pm Waktu Malaysia) sehingga kini.

Ikhwanonline :Pihak hospital Raba’ah mengumumkan antara mereka yang terkorban ialah seorang ibu bersama dengab bayi yang disusunya akibat digilis oleh kereta perisai tentera.






Sebuah stesen tv (bukan milik kerajaan) menyiarkan orang ramai terpaksa menggunakan topeng gas ekoran gas beracun dilepaskan oleh pasukan polis di kawasan Raba’ah. Hospital awam yang berhampiran juga menjadi sasaran polis. Hospital tersebut dijangka sesak dengan ketibaan mayat dan mereka yang cedera. Urusetia hospital sebentar tadi meminta doktor perubatan di pelbagai kepakaran untuk melapor diri di hospital berkenaan kerana kekurangan tenaga perubatan.