Nikah Mut'ah : Seronok Tapi Haram
Apa itu Nikah Mut'ah?
Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.
Cara Nikah Mut'ah
Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.
Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.
Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah
Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi.
Dalil Pengharaman
Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).
Kesimpulan
Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.
Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.