Meh kita semua pakat bayangkan.!!! Jika Perempuan Dibenarkan Poligami!

                                     sekadar gambar hiasan


Ramai yang melahirkan rasa terkilan terutamanya kaum hawa apabila mendengar berita Ashraf Muslim berkahwin lagi satu di Thailand.

Terbaca satu nukilan luahan hati Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim yang mungkin agak kecewa dengan tindakan suaminya. Amat tertarik pada rangkap berikut:

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.

Agak pedih dan menusuk di situ.

Memang poligami tu tak haram. Tapi, cara tu mungkin agak tak kena. Tambahan majoriti perempuan tidak suka dimadukan. Apatah lagi dengan cara begitu. Terasa seperti ditipu dan dikhianati.

Ok. Kepada para suami dan bakal suami sekalian. Meh kita semua pakat-pakat bayangkan. Andaikata perempuan dibenarkan poligami. Apa agaknya perasaan lelaki terpaksa bermadu berkongsi isteri dengan lelaki lain?

Ohoi! Tobat aku tak mau. Tengok orang yang aku minat mention nama laki lain kat facebook pun jeles nak mampoih dah. Tu baru crush. Tak jadi bini atau awek lagi. Ini tiba-tiba kalau dapat berita bini kita kawen lagi satu kat Siam. Gila. Mesti menyirap punya la.

Ok. Kita masuk sikit hal dalam kelambu. Bayangkan malam tu giliran madu kita bersama dengan isteri kita. Tiba giliran kita tidur sorang-sorang dalam bilik malam tu. Mesti rasa sunyi tak ada 'bantal peluk'. Mesti terbayang-bayang, apa agaknya isteri aku tengah dok buat dengan madu aku tu. Ohoi. Bayangkan kita terpaksa kongsi isteri? Bayangkan! Mampukah kita? Kalau wanita sampai boleh gaduh tarik rambut. Silap haribulan kita boleh bertumbuk beb dalam hal ni. Haha.

Di sini, aku bukannya nak pertikai pasal poligami. Aku pun tahu tak boleh pertikai sesuatu yang menjadi sunnah Nabi dan dibenarkan dalam Islam. Aku pun tahu antara hikmah perempuan tidak dibenarkan berpoligami sebab nanti kita tak dapat nak trace anak dalam kandungan tu nak ber'bin'kan suami yang mana.

Tapi sekadar ingin mengajak kaum lelaki sekalian menyelami perasaan wanita andai kita di tempat mereka. Jangan kemaruk nak pasang lagi satu sehingga mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan mereka.

Dan sebelum kita kata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi, adakah sunnah Baginda yang lain kita dah laksanakan? Adakah yang wajib sudah ditunaikan? Dan pernahkah kita terfikir, kenapa Nabi berpoligami? Sila baca Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kalau kau rasa kau mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kau. Kalau kau rasa isteri kau sememangnya mengimpikan payung emas, teruskan niat kau nak berpoligami itu. Tiada siapa menghalang. Sesungguhnya kau insan bertuah. Dan kepada wanita yang tidak suka poligami, jangan pertikai lebih-lebih pasal poligami. Takut lari akidah. Bahaya.

p/s: Apa-apapun, doakan yang terbaik sudahla buat mereka. Tap payah nak emo dan kutuk lebih-lebih. Jadikan sebagai pengajaran.