Mayat Lelaki Dibaham Buaya Ditemui
SYDNEY 26 Ogos - Polis hari ini menjumpai mayat seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya di utara
Australia.
Sean Cole, 26, disambar buaya ketika cuba menyeberangi sungai yang berlumpur bersama seorang
rakannya pada Sabtu.
Konstabel polis wilayah tersebut, Wade Rodgers berkata mayat tersebut dijumpai awal pagi Isnin di kawasan terakhir mangsa dilihat.
Saksi yang melihat kejadian itu berkata, buaya sepanjang lima meter itu membawa mayat mangsa ke
hulu sungai.
Cole dikatakan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran seorang rakannya dalam satu majlis dekat Mary
River Wilderness Retreat yang terletak kira-kira 110km dari bandar Darwin.