Shahrul Tidak Menolak Jika Jodohnya Dengan Adira
Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya
Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya.
Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial.
Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja.