60 Penumpang Terbunuh Nahas Kereta Api Di Sepanyol

Mungkin rasanya tidak semua orang yang pernah merasai menaiki kenderaan awam seperti kereta api untuk menuju ke sesebuah destinasi. Ini kerana kereta api cukup memenatkan kerana ia memakan masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang mahu dituju. Baru-baru ini sebuah kereta api dipercayai telah tergelincir dari landasannya. Ekoran daripada kejadian itu, kereta api tersebut telah terbakar dan telah meragut hampir 60 orang penumpang. Mangsa yang lain pula difahamkan cedera mencecah 100 orang. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Seramai 60 penumpang maut manakala lebih 100 lagi cedera apabila kereta api tergelincir dari landasan di barat daya Sepanyol.



Empat daripada gerabak terbalik dan rosak teruk menyebabkan ia terbakar dengan mayat penumpang bergelimpangan dan terbaring di sepanjang landasan.



Nahas berlaku ajam 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api yang membawa 218 penumpang dan empat kakitangan itu hampir tiba di Stesen Santiago de Compostela, di Wilayah Galicia.
“Jumlah yang terkorban itu masih satu anggaran tetapi setakat ini 60 maut,” kata seorang jurucakap wakil kerajaan wilayah berkenaan.