Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Kini Sedang Bercinta?

Pelakon kacak Aeril Zafril dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan si comel Wawa Zainal. Kedua-duanya memang nampak sepadan. Memang “matching” la orang kata. Tak gitu?



Hubungan mereka berdua dikatakan bermula apabila membintangi filem 99 Kali Rindu 
. Namun seperti biasa, hubungan ini berjaya disorokkan oleh mereka berdua dan tidak dapat dihidu oleh orang lain. Tambah menguatkan khabar angin ini ialah apabila Wawa meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke Sabah. Aeril pula sanggup membayar atas kehilangan kereta itu.


Sebelum ini, Aeril telah menafikan dirinya mempunyai hubungan dengan Ummi Nazeera. Adakah kerana sebenarnya dia sedang mabuk bercinta dengan Wawa Zainal? Kalau betul, apa salahnya kan? Kedua-duanya pun masih single. Apa pun, diharap Wawa Zainal yang kini berada di Sabah kerana menjalani rawatan tradisional dapat cepat-cepat sembuh dan kembali berlakon semula.