Bergambar Pegang Buah Dada Sambil Bertelekung


Pelik.. pelik… memang pelik masyarakat sekarang!!!!

Kalau anda bukan seorang yang jenis beramal soleh pun, tak perlulah buat aksi yang tidak sepatutnya , memalukan dan hanya mengundang dosa sahaja.
Sekeping gambar yang kami perolehi ketika melayari Facebook amat memalukan.
Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang masih bertelekung, sambil memegang payudaranya untuk bergambar.
Walaupun asetnya itu tidak diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat jelas apa yang sedang dipegangnya !
Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke akaun facebook beliau.
Entah apa tujuan dilakukan perkara sedemikian.--Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif, wanita ini ada memuat naik beberapa keping gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang, mungkin suaminya, tapi, rasanya tak perlulah dibuat secara terbuka perihal ‘dalam kelambu’ anda, simpan aja

[Kejam] Bayi Baru Berumur Sebulan Dirogol

gambar hiasan

LONDON: Polis semalam cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan perhimpunan sepanjang malam yang boleh mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilapor dirogol dan dipukul sehingga hampir mati.
Mesej dalam Facebook mendedahkan rancangan untuk mengadakan upacara sepanjang malam bagi berdoa untuk keselamatan bayi berkenaan berhampiran kediamannya, yang dipercayai mangsa paling teruk kes penderaan kanak-kanak di Britain.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan, patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut laporan lagi, semua tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan, terdapat laporan menyatakan bayi itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan, dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent, ditangkap berhubung kejadian itu.
Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Satu kumpulan menulis dalam Facebook: “Penjarakan penjahat yang merogol dan memukul bayi berusia sebulan di Gravesend.”
Ia juga mendesak supaya nama pasangan berkenaan didedahkan.
Seorang pengunjung lain menulis: “Pasangan itu perlu dipenjara dan tidak dibenarkan diikat jamin, Mereka adalah penjahat.”
Seorang wanita menambah: “Kami terkejut dengan kejadian ini dan mahu menyuarakan ”sokongan kami terhadap kanak-kanak itu dengan mengadakan upacara khas untuknya malam ini.”
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan, berada dalam keadaan tenat ketika dihantar ke hospital, Khamis lalu.
Bagaimanapun, malam tadi, dia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.
Polis turut menghantar pakar forensik untuk memeriksa sebuah rumah di Gravesend.
Jiran berkata, seorang lelaki dan seorang wanita tinggal di rumah berkenaan bersama-sama seorang bayi yang baru lahir.
Mereka disifatkan sebagai peramah.
Seorang jiran bagaimanapun berkata, dia terdengar bunyi orang bergaduh di rumah berkenaan, Khamis lalu. – DM

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.



KERAJAAN IBLIS!! di Segitiga Bermuda

 Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda?Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakan misteri
Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kerajaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengendalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.
Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman: 20-21).
SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi. Kebiasaaanya, pesawat atau pun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penye-lidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih merupakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.
• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? ”

Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:
• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.
• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.
• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.
• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.
• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca yg amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi dgn radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.
• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.
“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya….”
Tiba-tiba terdengar peringatan pertama tentang terjadinya bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.
Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.
KERAJAAN IBLIS demikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi, dibandingkan dgn masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan menguruskan benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan. Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting..

“Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis”
Inggeris dan Jerman bermaksud membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya. Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melewati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya.

GADIS MATI BUNUH DIRI!!

Terkini seorang gadis Mexico berusia 22 tahun mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri di biliknya. Tidak diketahui apa latar belakang dari tindakan nekadnya ini, mangsa di dapati sudah mati dengan leher masih terikat tali yang digunakan untuk menjerat lehernya.

AMARAN : GAMBAR ADALAH 18SG SERAM. MOHON KEPADA SESIAPA YANG LEMAH SEMANGAT TIDAK MENERUSKAN MELIHAT GAMBAR BERIKUTNYA.

gambar nelydia senrose HAMIL!!!

HAMIL!!!biar betul....
Rupanya selepas diselidiki...semua gambar ini hanya dalam babak lakonan drama setia hujung nyawa raya....




3 TAHUN PAKAI KORSET... SEMUANYA GARA-GARA KERANA INGIN CANTIK! (8 GAMBAR)

Hehehehehe....apa la...menyeksa diri...









Borang Khusus Jual Tubuh Di Internet


Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan. 



Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan!!

Fouziah Gous dan Md Zhafran.


SERDANG: Pelakon Fouziah Gous, 30, tidak mahu orang ramai mempertikaikan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 September depan kerana ia dibuat mengikut kemampuannya.

Fouziah berkata, majlis tersebut dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon.

"Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik.

"Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami," katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, di sini, Jumaat.

Fouziah dan tunangnya dan Md Zhafran Md Yusof, 30, melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka.

Tambah Fouziah, dia enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain.

Sementara itu, bercerita tentang majlis perkahwinan, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut.

Fouziah bahagia membilang hari untuk bergelar isteri orang.

"Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.

"Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Fouziah dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.

Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.

Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Bagaimanapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu ini enggan mendedahkan jumlah hantaran, mas kahwin dan butiran lain kerana ia hanya akan dikongsi pada hari pernikahan mereka.

"Kami sepakat memilih tarikh 21 September kerana hanya tarikh itu semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak dapat berhimpun. Lagi pula bakal adik ipar saya yang belajar di London ada di sini sebelum kembali semula menyambung pengajian sehari selepas kami bernikah.

"Ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan terdekat," katanya.

Fouziah bertunang dengan Md Zhafran yang merupakan ahli perniagaan itu selepas hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing.

Terkini: Dua Geng 36 Ditembak Mati Oleh Polis-(6 foto)

Dua anggota Geng 36 dan salah seorang dikenali sebagai Teratai Boy telah mati ditembak oleh polis selepas berbalas tembak dan dipercayai melepaskan 5 das tembakan ke arah anggota polis.


(Gambar uncensored suspek Teratai Boy yang mati ditembak oleh pihak polis)

#BERITA PENUH

Melaka: Seorang daripada dua anggota kongsi gelap Geng 36 yang terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di Cheng, di sini, semalam dikesan memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh.

Suspek yang berusia 35 tahun dikenali sebagai Teratai Boy dipercayai pernah mengganas di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulai Pinang, manakala rakannya yang berusia 25 tahun dikesan memiliki satu rekod jenayah membabitkan kes dadah.

Kedua-dua penjenayah berbahaya yang menaiki Perodua Myvi mati akibat terkena tembakan polis dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Lebuh SPA (Sungai Udang-Paya Rumput) – Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin), kira-kira jam 9.20 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebelum itu kedua-dua lelaki terbabit melepaskan tidak kurang lima das tembakan ke arah polis sebaik diarah memberhentikan kenderaan mereka.

Terdahulu, katanya, bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengesan kereta dipandu penjenayah itu di persimpangan berkenaan. – Harian Metro

GAMBAR GENG 36 MATI DITEMBAK POLIS DI MELAKA







Manohara Berparti Sakan Selepas Bercerai Dengan Tengku Temenggong Kelantan~! (5 Gambar)


Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz sekitar pada tahun 2010 pada bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Sejak daripada itu, Manohara membabitkan semula dirinya dalam bidang lakonan dan peragaan di Indonesia. Terbaru, gambar-gambar Manohara yang asyik berparti telah tersebar di Internet.

Latar belakang Manohara

 Manohara Odelia Pinot (lahir di Jakarta, 28 Februari 1992) adalah seorang model Indonesia. Di usianya yang masih muda, tapi ia berhasil menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia menurut Majalah Harper’s Bazaar. Manohara memiliki darah campuran Amerika Syarikat dan Bugis, Indonesia serta berkewarganegaraan Amerika Serikat dan Indonesia.

Merupakan anak dari George Man (warga Amerika Syarikat) dan Daisy Fajarina (keturunan bangsawan Bugis) namun sudah bercerai, Ibunya kini sudah menikah dengan Reiner Pinot Noack yang berkebangsaan Perancis.

 Dia kelihatan seperti tidak sedar apa yang dilakukannya malah tidak perasan gambar-gambarnya sedang diambil. Gambar-gambar beliau itu, telah menimbulkan sedikit kekecohan di Indonesia. Namun Manohara ketika ditanya oleh media Indonesia tentang gambar itu, dia mendakwa orang yang menyebarkannya tidak siuman dan gambar tersebut telah diedit.


Berikut beberapa keping lagi gambar berparti beliau. - Anda tentukan asli ke tidak gambar ini...





Skandal Mesej Lucah Isteri Orang: Adi Putra Akui Tertekan, Isteri Sentiasa Disisi


SIAPA yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan
isteri orang, dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra.
Namun sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL Gangster 2 itu.


“Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.
“Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya ketika ditemui Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Adi yang juga pelakon utama drama Teduhan Kasih bersama gandingannya, Sherry Ibrahim sempat menyanyikan beberapa buah lagu serta beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan Persatuan Insani Darul Takzim bagi mengutip dana operasi pertubuhan berkenaan.
Adi Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.
“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.
“Macam seperti hari ini, saya tetap memenuhi undangan majlis amal ini untuk membantu mendapatkan dana bagi pertubuhan tersebut,” katanya.
Beliau mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“Saya memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.

[Sinar]




Lelaki berdepan hukuman gantung

DUNGUN – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung mandatori setelah dia disyaki memiliki sejumlah dadah yang boleh dikaitkan dengan kesalahan terbabit.

Suspek, berusia 38 itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang menyerbu rumahnya, di Kampung Lembah, dekat sini, pagi semalam.

Ketika serbuan dilakukan, suspek yang turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkait dadah itu dikatakan sedang tidur di dalam bilik tidur rumahnya.

Pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah pelbagai jenis dipercayai heroin, pil kuda serta syabu di tempat tidurnya.

Dia sebelum ini pernah beberapa kali ditahan polis kerana kesalahan sama dan hukuman dilalui ketika berada di sebalik bilik bertirai besi masih belum memberi pengajaran buatnya.

Suspek yang berasal dari Pulau Serai itu difahamkan pengedar utama kepada penagih berdekatan dan dia juga kini sedang menghadapi satu lagi perbicaraan di mahkamah terhadap dakwaan lain yang boleh disabitkan hukuman ke tali gantung.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kes terbabit dan suspek yang tidak bekerja itu kini disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. – SH

Mereka Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat..[16 gambar]

Mereka Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat.....