Di Sebalik Skandal Adi Putra Dengan Isteri Orang


SIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.

Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman.

Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini.


'Saya mahu dia keluar Malaysia!'

Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?

AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram.

Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.

Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.

Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.

Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.

Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja....
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.

Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak 'melayan' permintaan pelakon itu.

Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah?
AMIRUDDIN: Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.

Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dengannya 'celik mata'.

Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.


Saya ada semua bukti: Aida

Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.

Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.

"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.

"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.

"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.

"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.

"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.













sumber-sinar harian





Wanita Tarik Perhatian Kerana Berbogel Di Lapangan Terbang

 Seorang wanita mengejutkan semua orang di Lapangan Terbang Denver apabila dia bertindak melondehkan semua pakaiannya dan berbogel selepas ditangkap kerana merokok di pintu masuk bahagian pelepasan.
================================================
Pihak berkuasa masih tidak jelas kenapa wanita itu berbogel namun isu rokok tidak ada kaitan dalam kes berkenaan.
Seorang pegawai keselamatan di lapangan terbang itu berkata, wanita itu memaklumkan dia keletihan kerana tidak cukup tidur.
Menurut salah seorang saksi, semua penumpang terkejut melihat aksi wanita berkenaan.
“Kami amat terkejut. Pada mulanya tiada siapa yang perasan namun ketika penumpang memasuki pintu pelepasan itu, mereka mula menyedari yang dia berdiri di situ dalam keadaan berbogel.
Saksi itu menambah, ibu bapa yang terkejut dengan cepat menutup mata anak-anak mereka daripada melihat wanita itu sementara penumpang lain tersenyum sambil memandangnya.
Selepas 20 minit berdiri dalam keadaan bogel, dia akhirnya dibawa ke hospital untuk penilaian mental.
Wanita itu bagaimanapun tidak ditangkap dan tidak berdepan sebarang pendakwaan.
Polis memaklumkan, kejadian itu berlaku akibat salah faham wanita tersebut yang menyangkakan dia akan diperiksa kerana merokok.


haishh, macam-macam...


Berita Baik Untuk Wanita : Alat Anti-Rogol?

Ahaaa..Ini ada berita baik untuk kaum wanita sekalian, mungkin lepas ni kes-kes rogol yang dok mencanak naik dalam statistik jenayah boleh dikurangkan..Sekali pandang, nampak macam cawat besi pun ada jugak..Agak-agak la kan, demi menjaga keperawanan, korang sanggup tak nak pakai alat ni setiap masa? Nampak gaya, kalau nak duduk pun boleh sakit punggung korang nanti..Hahahaha

Apa-apa hal pun, jom tengok gambar alat anti-rogol (berkesan ke?) ni kat bawah..Enjoyy~~







Dah macam kembali ke zaman dulu-dulu pulak, di pakai oleh si isteri bagi mengelakkan mereka curang dengan lelaki lain..Kuncinya si suami la pegang seandainya mereka merantau jauh..Mungkin nampak macam kejam, tapi kalau dah rupa itu cara yang berkesan, nak buat macam mana kan..


p/s: kreativiti manusia tiada batasan..Alat macam ni pun diorang boleh reka..Hehehehe





WANITA INGIN BERSETUBUH DENGAN 100,000 LELAKI SELURUH DUNIA (8 Gambar)

Gadis dari Poland ini mempunyai satu impian yang bodoh iaitu bersetubuh dengan 100,000 orang lelaki seluruh dunia. Dia mempunyai teman lelaki tetapi lelaki itu tidak tahan dengan obsessi Ania itu. Ania telah mencipta laman web serta media sosial untuk berjumpa dengan lelaki. Dia akan berjumpa dengan 16 lelaki pada hari sabtu dan 16 lelaki lagi pada hari ahad. Dia akan melayan setiap lelaki ini hanya 20 minit. Dia menyatakan semua ini terpaksa dilakukan seperti tu kerana untuk mencapai 100,000 orang, dia akan berusia 81 tahun apabila selesai. 










Bilionair Tawar Lebih RM 200 Juta Jika Berjaya Kahwini Anaknya Yang Lesbian


Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Tidak terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.
Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.
“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.
Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.
Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.
Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.
Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.
Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.

Lelaki Minta Tolong Polis Kerana Dipaksa Melakukan Seks Berulang Kali !!!


Lelaki itu terpaksa berbuat demikian selepas wanita itu enggan melepaskannya dan menuntut dia melakukan seks berulang-ulang kali.
Kejadian berlaku di Munich, selepas lelaki berusia 43 tahun itu mengenali wanita terbabit di sebuah bar.

Selepas dia dibawa oleh wanita itu pulang ke rumahnya, mereka melakukan seks beberapa kali namun lelaki itu akhirnya keletihan dan mengalah selepas diajak melakukannya lagi.
Menurut polis, lelaki itu terpaksa memenuhi permintaan wanita itu hanya semata-mata supaya dapat keluar dari rumah berkenaan, namun gagal.
Namun kerana wanita itu berterusan mendesaknya, lelaki itu kemudian terpaksa memanggil polis.
Bukan itu, sahaja, sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, wanita itu sebaliknya cuba menggoda anggota polis itu untuk melakukan hubungan seks.
Namun dia bukan sahaja gagal malah ditangkap dan kini berdepan tuduhan melakukan serangan seks.

Intan Ladyana Sedia Dikritik Lakonkan Adegan Panas Dengan Farid Kamil



Walaupun sukar melakonkan adegan berahi namun Intan menganggap ia sebagai satu cabaran buatnya.


PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana bersedia untuk berhadapan dengan kritikan daripada penonton selepas tampil berani dalam sebuah babak berahi bersama aktor Farid Kamil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Dampak.

Intan, 32, berkata, sebagai pelakon dia menganggap babak tersebut sebagai satu cabaran namun mengakui bukan mudah untuk melakukan aksi tersebut semasa penggambaran berlangsung.

"Saya tiada masalah jika babak tersebut menjadi bualan dan mendapat kritikan daripada peminat kerana itu sebahagian daripada jalan cerita filem dan ia hanya lakonan.

"Walaupun tidak mudah untuk saya lakukan aksi tersebut tetapi sebagai pelakon itu adalah cabaran untuk saya," katanya.

Filem arahan Lai Yuk Long itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish.



Farid Kamil.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 19 September ini.

Aksi panas itu dapat dilihat apabila Intan yang memegang watak Qyra telah digoda dan dirogol oleh Giran lakonan Farid yang tercedera akibat bergaduh dengan samseng.

Dalam perkembangan sama, Intan berkata, ketika babak itu dirakam hanya dia dan Farid berada di dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang dalam bilik berkenaan.

"Kami mengambil masa selama 20 minit untuk menyiapkan babak berkenaan dan ketika ia dirakamkan hanya kami berada dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang di empat sudut bilik.

"Bagaimanapun hasil terakhir babak tersebut adalah daripada suntingan dan teknik kamera yang dilakukan oleh pihak produksi," tuturnya.

Tambah Intan, selain melakukan babak intim dalam filem tersebut, dia juga terpaksa merokok bagi menggambarkan watak jahat Qyra yang dipegangnya.

"Terpaksa merokok dalam filem itu lebih sukar kerana saya tidak suka kepada bau dan asap rokok dan ia cukup mencabar," jelasnya.

Kakak ditemui mati tergantung dalam bilik



BAGAN SERAI – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati tergantung oleh adik lelakinya dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu kira-kira jam 4.20 petang kelmarin.

Lebih memilukan, kejadian itu berlaku selepas keluarga terbabit kehilangan anak lelaki yang meninggal dunia akibat dihempap traktor tiga bulan lalu.

Adik lelaki mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shai, 13, berkata, ketika kejadian berlaku, dia sedang membaiki motosikal milik ayahnya di garaj rumah, manakala mangsa dan abang sulung mereka berada dalam rumah.

Menurutnya, dia mendengar bunyi radio dari dalam bilik tidur mangsa dan tanpa mengesyaki apa-apa dia meneruskan kerjanya.

“Bagaimanapun, saya hairan kakak langsung tidak keluar dari bilik sejak pagi semalam (kelmarin).

“Jadi, saya menjenguk bilik tidur kakak melalui tingkap dan terkejut melihat dia tergantung dalam keadaan melutut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Shai berkata, dia terkejut dan terus memanggil teman lelaki kakaknya yang tinggal selang beberapa rumah sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

“Arwah kakak baik dan bertanggungjawab terhadap adik beradik serta rapat dengan saya. Bagaimanapun sebelum kejadian kakak sering mengadu tertekan.

“Saya juga diberitahu kakak sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan teman lelakinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah khianat ke atas mangsa dan keputusan akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Matang Pasir. – SH

[Dasyat] Tukang Gunting Memotong Rambut Pelanggannya Menggunakan Api (foto)

Pernahkah anda melihat seorang tukang gunting yang memotong rambut pelanggannya dengan menggunkan api?. Apa yang menakjubkan ialah cara pemotongannya sangat rapi dan menarik, jom kita saksikan gambar dibawah ini.





keji!!Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami!!!!

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.


“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, – SinarHarian


Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami!!!!

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.



Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, – SinarHarian

Kemalangan Ngeri!! Badan terperosok bawah tayar lori,,,(5 foto)

Sayangilah nyawa anda. . jangn pandu laju jika xnak terjadi seperti ini. ..






[TERKINI] Inikah Wanita Yang Dikaitkan Dengan Adi Putra?



Sekarang ini pasti ramai antara anda yang tertanya tanya sama ada benar atau tidak Adi Putraterlibat dengan kisah skandal bersama isteri orang ini — sehingga taraf kerakyatan Adi Putra sendiri di’persoal menerusi laporan polis yang kami siarkan.

Adi Putra sudah lebih 7 tahun memohon status penduduk tetap jika masih belum di’luluskan, jika.

Dan pastinya ramai juga ingin mengetahui identiti isteri orang yang terlibat dalam kontroversi ini & terima kasih kepada laporan polis yang kini bertebaran dan usaha mereka di forum Cari, ada spekulasi timbul berkaitan identiti sebenar wanita ini.

Menurut maklumat yang kami terima semalam, nama isteri ahli perniagaan itu adalah Nooraida Binti Abdul Talib dan berusia 30 tahun mengikut nombor kad pengenalan yang di’bekalkan.

Sebuah akaun Twitter dengan nama Aida Anne Fasha (@aidafasha) telah didakwa sebagai akaun milik wanita tersebut dan beberapa status yang di’tulis melalui akaun itu seakan menggambarkan situasi ketika ini. Dan, yang berikut menarik perhatian kami.

MCM NI PUN ADA!! Mak Berkahwin Dengan Anak Kandung Sendiri

Tidak tahu hendak mula di mana tapi penulis sendiri ada rasa hendak muntah sepanjang menonton dan mendengar klip orang gila di Indonesia yang mana seorang ibu sanggup kahwin dengan anak lelakinya sendiri.

Pengakuan itu dirakamkan dalam program di show di negara itu.
Sudah la ibu dan anak itu gila, di kalangan penonton ada yang bertudung dan bersorak-sorak seolah-olah apa yang mereka saksikan itu macam tidak ada apa-apa serta satu bentuk hiburan.
Benda gila itu boleh pula dibincangkan seperti satu benda ilmiah.
Memang sah sengal. Perempuan tua gila itu siap ada sebut Alhamdulillah lagi (minit 2.01).
Mereka juga berkata bersama ketika anak-anak lain sudah tidur.
Yang paling tidak masuk akal bila perempuan tua gila itu berkata; “yang penting saya nggak berzina sama org, sama anak sendiri”.
Admin melihat perempuan tua itu sebagai mengambil kesempatan pada anaknya sendiri. Anaknya berkata dia menolak hubungan itu tetapi dipaksa ibunya.
Apa pun, jijiknya perangai kedua-dua Indon ni. Penulis harap benda seperti ini jangan sama sekali dijadikan ikutan.
Tolonglah.

Dan…patut direjam sahaja dua beranak gila ini bukan!



Keadaan mayat wanita yang dirogol dan dibunuh di bilik bedah!!! (7 foto)

Sungguh ngeri. ..

















Sekitar Pembedahan Jantina Dari Lelaki Kepada Wanita (13 Gambar)

Gambar ini menunjukkan cara orang transeksual mengubah jantina mereka.