JAWI SAHKAN 4 FINALIS RATU CANTIK TARIK DIRI


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara semalam.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.

Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu.

Mengulas mengenai klip video '1 Hari di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini, Che Mat berkata jika ada kes sedemikian berlaku di Wilayah Persekutuan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan tersebut.

Katanya perkara seperti itu tidak patut terus dibiarkan kerana saban hari, semakin banyak kes menghina kesucian Islam timbul malah umat Islam tidak perlu terus diuji seperti itu.

"Jika ada kami kesan kes menghina agama Islam di sini, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta 505 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993," katanya. - Bernama

Ustaz Azhar Idrus (UAI) kemalangan


Info dari kenalan rapat Ustaz Azhar Idrus. UAI telah terlibat dengan kemalangan di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Kereta volkswagen yang di pandu beliau bertembung dengan sebuah kereta Proton. Semasa kemalangan tersebut berlaku, beliau seorang sahaja dalam kereta itu. Alhamdulilah, UAI ok je...

Kereta Volkswagen UAI







Debaran Diana Amir...menanti detik bahagia!!


Umum mengetahui, pelakon filem Sekali Lagi ini telah bergelar tunangan orang sejak September tahun lalu.

Memilih pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Habib Bullah A Rahman, sebagai pasangan hidupnya, akui Diana, detik bahagia itu akan tiba tidak lama lagi.

Sebelum ini, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, 27, pernah memberitahu bahawa mereka bersedia untuk diijabkabulkan selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Namun sehingga kini, baik Diana mahupun tunangnya, masing-masing belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk disatukan.

"Memang betul, kami pernah berbincang dan bercadang untuk bertunang setahun dan kemudiannya mendirikan rumah tangga.

"Namun, sehingga kini kami masih belum ada tarikh yang sesuai, memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

"Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Mungkin dalam masa terdekat ini, kami akan berbincang mengenainya.
"Saya sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya, Insya-ALLAH, kalau dah ada tarikh, kami akan uar-uarkan kepada semua," katanya.


Elak berjumpa

Tidak seperti pasangan yang lain, Diana lebih selesa untuk mengelak daripada berjumpa terlalu kerap.

Katanya, ikatan itu bukanlah 'tiket' untuk dicanang sebagai pasangan sehingga memudaratkan hubungan yang bakal dibina.

"Kami memang jarang berjumpa dan menghabiskan masa bersama. Kalau berjumpa pun, hanya atas urusan kerja sahaja.

"Lagipun, kami masih bukan muhrim dan batas-batas pergaulan harus dijaga," katanya.

Menurut Diana, walaupun dirinya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri, namun dia tidak terlalu mendesak untuk ke arah itu.

Kata pelakon drama Adam Maya ini, bukan sahaja dirinya, malah tunang juga masih sibuk dengan urusan kerja dan pengajian.

"Sebenarnya, tunang saya kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Selain itu, dia juga turut membantu saya dalam urusan perniagaan kerana ada masanya saya juga sibuk dengan usrah, latihan motivasi dan pengacaraan.

"Jadi, kami sama-sama sibuk dan tiada sebab untuk saya mendesaknya. Saya sangat memahami urusan kerjanya dan begitu juga dengan dia," katanya yang kini sibuk dengan perniagaan pakaian Muslimah di bawah label, Diana Amir Exclusive.

Selain itu, Diana juga turut mendapatkan kerjasama daripada pereka fesyen, Melinda Looi dalam rekaan tudung sebanyak 12 koleksi label, Emel.


Buku pertama laris


Sedang berjinak-jinak dalam penghasilan buku, Diana juga turut tampil dengan buku pertamanya, Titian Mahabbah yang dihasilkan bersama penulis, Ibnu Rijal.

Walaupun bukunya itu baru sahaja diperkenalkan selama sebulan, sambutan yang diterima daripada pembaca amat menggalakkan.

Malah, buku yang menceritakan mengenai penghijrahan serta kisah-kisah peribadinya itu turut tersenarai sebagai buku Bahasa Melayu terlaris di MPH Bookstore.

"Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan penerimaan dan sokongan daripada peminat dan pembaca.

"Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca nukilan hati kecil saya. Syarikat penerbitan ada menawarkan saya untuk menghasilkan Titian Mahabbah 2, tapi buat masa ini, saya perlu fokus  mempromosikan buku pertama dahulu.

"Malah, ramai di kalangan pembaca yang mahukan buku kedua dihasilkan lebih tebal berbanding buku pertama.

"Insya-ALLAH, kini saya dalam proses mengumpul material untuk buku kedua," katanya yang turut dilantik sebagai duta minuman kesihatan, Blinq Beauty Drink.

Dalam perkembangan seni pula, akui Diana, tawaran lakonan semakin kurang dan skrip yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan imejnya.

"Ada yang menawarkan saya untuk melakonkan watak bertudung tetapi tidak sepenuhnya. Jadi, ia tidak sesuai dengan pendirian saya.

"Saya akui, saya perlu lebih selektif dalam pemilihan skrip dan watak. Memang saya kurang dalam lakonan filem, namun untuk drama, masih lagi ada.

"Mungkin sekarang bukan rezeki saya lagi. Insya-ALLAH, kalau ada tawaran filem bercorak Islamik, saya akan kembali berlakon," katanya mengakhiri perbualan.

Planes - Dua versi bahasa



Bagai satu fenomena baru, Walt Disney Studios tidak ketinggalan untuk melakukan alih bahasa filem Planes ke bahasa Melayu dan memilih penyampai radio Era, Haniff Hamzah sebagai teraju utama Planes iaitu Dusty.

Jadi penonton yang ingin menonton Planes boleh memilih sama ada mahu menonton Planes dalam versi bahasa asal atau bahasa Melayu.

Haniff berkata, berbeza dengan filem The Smurfs dan Madagascar, dia memegang watak utama dalam filem ini.

“Perjalanan cerita saya dari mula sampai akhir selama dua jam. Cabarannya, apabila saya tidak cukup rehat disebabkan berada di konti dari jam 5 hingga 10 pagi diikuti proses alih suara hingga malam.

“Jadi, ada ketikanya, suara saya menjadi kasar dan terpaksa mengambil masa untuk pulih semula,” katanya.

Jika anda ingin mengetahui pengakhiran kisah Dusty dan mencari-cari sebuah filem santai yang sesuai ditonton seisi keluarga, jangan lupa saksikan Planes di pawagam.

Yazid Search - kini dirawat di HKL



PEMAIN dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmat, 51, terpaksa dipindahkan ke dua buah hospital selepas rebah di rumah keluarganya di Kluang, Johor pada hari raya ketiga iaitu Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah berkata, keadaan Yazid bagaimanapun stabil selepas dipindahkan daripada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama.

"Asalnya dia dimasukkan ke Hospital Kluang, Johor selepas rebah di rumah namun kembali stabil selepas dipindahkan ke HKL pada malam Sabtu lalu dan dia kini sedang berehat di wad sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika dihubungi mStar Online yang melawat Yazid di HKL di sini, hari ini.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi pernah dirawat di Hospital Ampang tiga tahun lalu dan kini terpaksa menjalani rawatan dialisis akibat penyakit itu.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, keadaan Yazid yang rebah itu dipercayai berpunca daripada faktor pemakanan yang tidak terkawal pada musim perayaan Aidilfitri.

"Pesakit buah pinggang ini biasalah ada pantang larang dan jika terlebih ambil makanan atau minuman ia akan memberi kesan. Bagaimanapun keadaan Yazid stabil dan sedang berehat di hospital," jelasnya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia iaitu Datuk DJ Dave turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada Yazid selain bertanya khabar.

Antara artis yang turut hadir pada pertemuan itu adalah Nash (Lefthanded), Mas Omar dan pemuzik Aznan Alias.

Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Yayasan Artis 1Malaysia bagi mencari jalan untuk membantu Yazid bagi meringankan bebannya untuk menanggung kos rawatan dialisis yang tinggi.

Ajaran meragukan-Seramai 25 lelaki ditahan




DAMANSARA - Sebuah surau di sini dijadikan tempat penginapan bagi sekumpulan yang dipercayai terlibat dalam ajaran meragukan dengan mengubahsuainya menjadi ‘bilik tidur’ sejak setahun lalu.

Serbuan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam ke atas surau berkenaan mendapati bahagian sisi dan belakang surau itu kelihatan berselerak dan dijadikan umpama bilik kecil untuk mereka tidur juga terdapat beberapa almari menyimpan pakaian.

Jais bertindak melakukan risikan hampir setahun atas laporan orang ramai yang pelik dengan keadaan itu.

Serbuan dilakukan ketika kumpulan berkenaan sedang leka mendengar ceramah yang disampaikan seorang yang dipercayai ketua mereka selepas solat Jumaat.


Bangun ambil wuduk

Ketika pegawai penguat kuasa Jais sedang melakukan penyiasatan dan meminta mereka memberi MyKad, beberapa ahli kumpulan itu bertindak bangun dan menyatakan hendak mengambil wuduk berikutan kehadiran wanita di dalam surau berkenaan.

Seramai 25 lelaki ditahan termasuk seorang warga asing didakwa terlibat ajaran meragukan dalam Operasi Khas Ajaran yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof.

Seorang warga asing berusia 32 tahun yang ditahan mendakwa, dia datang ke situ untuk solat dan tidak tahu menahu mengenai ajaran kumpulan itu bagaimanapun turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.


Kumpulan belum difatwakan
Sharom berkata, ajaran kumpulan berkenaan masih belum difatwakan dan serbuan mendapati sebahagian kawasan surau dijadikan kediaman mereka.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 119 atas dakwaan mengajar tanpa tauliah (Enakmen Pentadbiran Negeri Selangor 2003) dan Seksyen 7 Doktrin Palsu Enakmen Jenayah 1995.

“Ajaran kumpulan itu wujud unsur meragukan atau salah guna surau dan operasi bertujuan membanteras mereka.

“Kita juga dapati mereka ini menggunakan surau ini sebagai tempat kediaman mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Dipercayai katanya, antara aktiviti yang dikenal pasti dilakukan kumpulan itu mengandungi pengajian; zikir malam; tidak melaksanakan solat Jumaat atas alasan musafir dan tenaga pengajar tidak bertauliah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas kitab yang dipercayai menjadi rujukan kumpulan berkenaan dan semua yang ditahan kemudian dibebas dengan ikat jamin,” katanya.

Tambahnya, ajaran ini dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Akidah dan mencapai persetujuan ia dipanjangkan kepada jawatankuasa fatwa.

Jelasnya, seramai 40 anggota Jais terlibat dalam operasi ini yang dilaksanakan selepas solat Jumaat, semalam.

Kerani sekolah bukan sasaran sebenar - pengebom



KUALA LUMPUR - Siasatan awal polis terhadap suspek dalam kejadian letupan bom dalam bungkusan di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat Ahad lepas, menunjukkan kerani sekolah yang maut dalam kejadian itu bukan sasaran sebenar.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata motif pembunuhan dipercayai cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang anggota keluarga mangsa yang juga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Kita tidak menolak kemungkinan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Krai maut dengan kedua-dua tangannya putus ketika mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Ekoran kejadian itu polis menahan reman seorang sarjan tentera berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

Mazlan berkata pasukan khas yang ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, telah memanggil isteri suspek dan anggota PGA berkenaan bagi memberi keterangan dan yakin kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat. - Bernama

KES PUKUL ISTERI: Penjawat awam tidak mengaku salah



BUKIT MERTAJAM - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
   
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
   
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
   
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
   
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.  - Bernama

Yazid Luah Kekecewaan terhadap SEARCH

Kata Yazid kepada Utusan Malaysia:- Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.
Pedih. Memang pedih ayat yang dikeluarkan oleh Yazid ini. Memang siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Untuk anda yang tidak tahu, pemain dram kumpulan Search ini telah pun dimasukkan ke hospital akibat kegagalan buah pinggang sejak hari raya ketiga. Menurut Yazid, kesemua anggota Search yang lain sudah pun mengetahui dirinya dimasukkan ke hospital. Sayangnya tiada seorang pun yang datang melawat.


Luahan Hati Isteri Dibelasah Dalam Lif


suami pukul isteri
 Wanita berusia 36 tahun itu yang telah membuat laporan polis selepas kejadian itu Isnin lepas, berkata beliau bimbang suaminya, seorang penjawat awam, akan bertindak lebih ganas.
Mangsa, yang bekerja di sebuah kilang di Bukit Mertajam, berkata beliau bercadang mengambil tindakan mahkamah ke atas suaminya kerana bertindak keterlaluan.
Wanita yang dipukul suami dalam sebuah lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, di Bukit Mertajam berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera ke atas lelaki berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.
Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Menceritakan kejadian itu semalam, katanya kejadian itu berlaku ketika beliau bersama dua anaknya mahu pulang selepas melawat anak sulungnya berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke wad kerana demam panas.
“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
“Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu,” katanya.
Adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli, 31, yang memuatkan naik video tersebut, berharap pihak polis mengambil tindakan lanjut.Ekoran kejadian itu, polis sedang mengesan suami mangsa yang menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya.-BERNAMA

“Mereka melakukan kerja musuh Islam-Tun Dr Mahathir



Kuala Lumpur: Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melainkan sebak dan luluh hatinya apabila menyaksikan kekejaman kerajaan Mesir membunuh rakyatnya sendiri yang juga umat Islam semasa menggempur penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan dan Ikhwanul Muslimin di negara itu.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan NGO-NGO Membantu Palestin, bekas Perdana Menteri itu begitu emosi sehingga terpaksa berhenti sejenak akibat terlalu sebak sebelum mengakhiri ucapan selama 20 minit berkenaan. 
“Hati saya amat sedih bila melihat umat Islam sibuk membunuh sesama sendiri di Mesir semalam (kelmarin).

“Mereka melakukan kerja musuh Islam. Mereka melakukan kerja Yahudi, Zionis dan pelbagai musuh Islam lain,” tegasnya di sini, semalam.
Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) Tan Sri Norian Mai.

TERPANAS!!! NELYDIA SENROSE DAN QI RAZALI BERCUTI DI LANGKAWI

Nampaknya Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak lagi cuba menyorokkan hubungan yang semakin mekar antara mereka berdua. Terbaru pasangan bercinta ini telah berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi. Jangan risau kerana mereka tidak pergi berdua, sebaliknya ditemani oleh rakan-rakan.

Walaupun masih ada peminat yang masih tidak dapat melupakan percintaan antara Qi dan Yuna, Abang Nara rasa kita perlukan lupa kisah silam. Nelydia pun tak kurang cantiknya. Malah mereka berdua nampak sangat comel dan mempunyai perangai gila-gila. Pasti happening percintaan mereka.
Semoga hubungan Qi dan Nelydia akan bertambah mesra dan satu hari nanti akan tiba ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




























Lelaki pukul isteri dalam lif - didakwa


BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta, di sini, Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 3 petang tadi.

Tertuduh, Mohammad Affandi Ismail, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan pada mangsa dalam kejadian pada 12 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun atau boleh didenda tidak melebihi RM2,000.





Perbicaraan ditetapkan pada 12 September ini.

RELA DITIDURI - Pergorbanan Si Isteri Terhadap Suami

Aug 6, 2013Rela Ditiduri Semata-Mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan Sekumpulan Penculik .. Nyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik. 


Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.

Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya. 

Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu. 

“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya. 

Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru. 

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan. 

“Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya. 

“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu,” katanya. 

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati. 

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan. 

“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan. 

“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya. 

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit. 

“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian. 

“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya. 

Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit.-Metro

ANUAR ZAIN BERPELUKKAN DENGAN KEKASIH SAFIQ RAHIM!!!















Boleh lihat sendiri bertapa mesranya mereka berpelukkan, kan?
Baru-baru ini Zandra Hakimi atau nama sebenarnya Zandra Aziela Ibrahim Hakimi telah mengundang rasa cemburu dan kecewa ramai pihak apabila menayangkan gambarnya bersama lelaki pujaan Malaya ini, Anuar Zain.
Zandra yang merupakan salah seorang pemain bowling Kebangsaan telah memuat naik gambarnya ini di Instagram miliknya, dengan kepsyen tertulis ‘Lelaki Ini. My Abang‘ . 





































Tetapi tak lama selepas Zandra memuat naik gambar tersebut, khabarnya si kekasih gadis itu yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Safiq Rahim bengang dengan tindakan buah hatinya itu.
Disebabkan tidak mahu bergaduh dengan Safiq, Zandra telah memadamkan gambar tersebut. Dengarnya lagi Zandra Hakimi ini macam nak cari publisiti murahan dek kerana kurang popular berbanding kekasihnya. Macam tu pulak...?


ABBY ABADI SEMAKIN BAHAGIA


“SAYA bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT,” jelas Abby mengenai perkahwinan keduanya yang berlangsung pada 9 Julai lalu.

Menurut Abby, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik.

“Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.

“Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan,” ujarnya.

Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa
cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.

“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga.

“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.

Akui kecewa

Ditebak dengan perjalanan karier seninya kini, Abby berkata, biarpun tidak pernah membuat pengumuman rasmi, namun dia kini terpaksa berhenti seketika daripada industri seni.

“Maaf cakap, tapi bagi saya industri seni kini tidak mengikut syariat Islam. Jadi lebih baik saya berhenti dan memberi tumpuan terhadap perniagaan dan keluarga,” jelasnya.

HALIM OTHMAN SEDANG BERCINTA DENGAN DANIA DANISHA






















Halim Othman kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang gadis yang dikenali sebagai Dania Danisha yang berasal dari Felda Palong, Negeri Sembilan.

Cantik orangnya, memang sesuai sangat dengan Halim. Ada peminat mendakwa Halim Othman bakal mendirikan rumahtangga dengan gadis tersebut pada tahun hadapan.

Kami tumpang gembira jika berita ini adalah benar. Semoga cepat Halim naik pelamin. Tak sabar nak tengok Halim kahwin.



Kaki Pelakon Jasmin Hamid Melecur Teruk




Jul 4, 2013 - Kaki Jasmin Hamid melecur teruk. Jasmin Hamid atau dulu terkenal dengan gelaran minah senget pada drama lakonannya 10 tahun dahulu yang kini masih lagi aktif dalam bidang lakonan baru-baru ini telah melecur terkena air panas.

Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.



Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali.


 
 Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin


Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

 
 Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin


"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.
Bagaimanapun, Jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

AWAS PENGGEMAR SAYUR!! LINTAH HIDUP DALAM KANGKUNG TUMIS

Suatu hari, di klinik yg terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yg diberikan kepada anak itu, namun demam tidak juga sembuh.



lintah hidup di dalam perut

Selepas itu, ibu bapa anak tersebut ditanya oleh doktor "makanan apa yg dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, malam tersebut anak itu makan kangkung tumis di restoran bersama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah membiak lintah dgn anaknya yg kecil2.



Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.
Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yg besar. Memang, utk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.



Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apa lagi untuk kangkung tumis yang proses memasaknya tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika di bakar.

Didlm usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang dan membiak. Jika ada kluarga atau rakan2 yg mengalami hal seperti ini, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan kluar dan dlm keadaan mati.