SIPUT BABI DITERNAK UNTUK DIMAKAN!!!!!Eeee

Siput babi adalah sejenis binatang yang berjalan sangat lambat dan berlendir. Di malaysia memang lah xda orang makan binatang nie. Tapi bukan di negara Latvia. Siput babi disana akan diternak dan akan dijadikan bahan makanan kerana di sana siput babi merupakan sejenis makanan bagi orang-orang disana.
























P/S : Kenapa kita tak makan siput babi? siput sedut kita makan kan? Tak haram kan? Tapi dah budaya kita tak menjadikan dia sebagai bahan makanan, so tak makan lah. Islam pon x galakkan makan binatang yang kotor. Nie lebih kurang macam tikus lah. Kotor. Alaa contohnya telur lah. Kalau ikutkan kita boleh makan semua jenis telur, tapi gamak ka nak makan telur ular dan buaya. Hahahaha.

Siapakah Presiden Mursi,??

Siapakah Sebenarnya Presiden Mursi,Presiden Mesir ??

Saban Hari Kita Melihat Negara Mesir menjadi semakinruncing dengan isu 
penggulingan Presiden Mursi..
Sayangnya kita tidak dapat melihat mana-mana negara Islamataupun OIC 
sendiri yang tampil secara berani dan tegas untuk membantu atau mengkritik 
secara awam tentang penggulingan ini..


Nama penuh beliau ialah Muhammad 
Muhammad Mursi Isa al-‘Ayyat. Dr. Mursi 
lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah 
As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan 
Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah 
keluarga sederhana dan beragama, 
bapanya seorang petani dan ibunya 
seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 
1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu 
ini juga merupakan seorang bapa yang amat menitik-beratkan pendidikan 
agama kepada anak-anak. Beliau, isteri
dan kelima-lima cahaya matanya (Ahmad, Syaima’, Usamah, Umar dan Abdullah) 
menghafaz al-Quran. 


Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.


Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!

Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini.

 CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”



Musuh islam sedang berpesta, dan pemberontak di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Adakah ini yang berlaku pada negara yang betul-betul mengamalkan ISLAM dalam pemerintahannya..Renungkan la wahai rakan-rakan sekalian


Setiap yang hidup akan merasai mati


“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”


Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.
Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

Wanita Dicekup Khalwat Dengan Rakan Suami

+GAMBAR HIASAN+


GEORGETOWN : “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.....

Lintah terbesar di Malaysia ditemui?

Lokasi kejadian semasa banjir di satu tempat di Perak.. Gambar ni betul.. Tengok bayang-bayang kat air tu pun dah tahu...




Perkara Dilakukan Selepas Akad Nikah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah Nabi Setelah Majlis Akad Nikah

Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Kini ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan  Kepada bakal-bakal pengantin terutamanya bakal bergelar  suami di luar sana untuk mengamalkan sunah ini. . 


Yang baik haruslah kita amalkan dan yang tidak elok perlu dielakkan. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Yang Maha Esa.



 Sunat Selepas Akad Nikah


1 -  Solat Sunat Selepas Akad Nikah

Niat Solat Sunat Nikah:


“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Rakaat pertama:

Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa selepas salam

2 – Sujud Syukur


3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa. 

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah 




Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith :

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 


‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).


*Elakkan daripada mencium diubun-ubun isteri selepas majlis akad nikah kerana ianya seperti acara agama lain... 




jasadnya melekat di atas kubah

Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsikan...mungkin anda pernah membaca atau mendengarnya..mari kita recall bersama-sama...

Kata-kata Syeikh Az-Zabidi: “Musuh-musuh Rasulullah s.a.w., selepas menghancurkan makam-makam mulia di perkuburan Al-Baqi’, mereka beralih ke kubah makam Rasulullah. Salah seorang daripada mereka pun naik ke puncak kubah untuk menghancurkannya, serta-merta Allah mengirimkan petir/api menyambar orang tersebut... dengan hanya sekali sambaran lelaki itu pun terus kejang dan mati sedangkan jasadnya melekat di atas kubah yang mulia itu.

Hingga kini tiada seorang pun mampu menurunkan mayat tersebut dari atas kubah. Kemudian seorang yang sangat soleh bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. dan memberitahunya bahawa tidak akan ada seorang pun yang mampu menurunkan mayat tersebut. Dengan kata lain, orang tersebut “dikuburkan” di atas kubah itu; dengan meletakkan sesuatu di atasnya sebagai penutup.... semoga menjadi 'ibrah dan pengajaran.”





Bateri hp yang mampu bertahan selama 35 hari



















Kelemahan biasa ditemui pada telefon pintar pastinya mengenai ketahanan baterinya. Tambahan pula pada mereka yang kerap menggunakan telefon pintar untuk bersosial.


Lantaran itu kini banyak pengeluar telefon pintar menawarkan telefon pintar terbaru dengan kualiti bateri yang mampu bertahan lebih lama. Salah satunya adalah Philips dengan telefon pintar Xenium W8510. Teknologi ini menjanjikan bateri yang mampu bertahan dalam keadaan `standby’ selama 35 hari.

Selain itu, bateri telefon ini juga mampu bertahan selama 18 jam pemakaian waktu berbual menggunakan 3G serta 14 jam untuk melayari internet memakai jaringan WiFi.

Bateri ini sendiri memiliki kapasiti yang besar, 3300 mAh. Menariknya, telefon pintar ini mempunyai kemampuan pengisian bateri yang cepat. 



Dengan pengisian bateri selama 10 minit, telefon ini mampu bertahan dalam keadaan 'stand by' selama 20 jam atau dua jam masa berbual. Sementara itu pengisian bateri selama 30 minit menghasilkan daya tahan `stand by’ selama hampir 57 jam.


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis

gambar hiasan

Kuala Lumpur: Empat lelaki termasuk seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis selepas menembak seekor kerbau dipercayai untuk dijual menjelang Aidilfitri dalam kejadian di Bukit Tagar, Hulu Selangor, kelmarin. 


Dalam kejadian jam 4 petang itu, empat suspek terbabit dikatakan leka memunggah daging kerbau yang sudah siap dilapah ke dalam dua kereta di kawasan hutan itu. 

“Perbuatan itu terbongkar selepas penduduk kampung mendengar bunyi tembakan, pantas memaklumkan kepada pemilik ternakan yang kemudian melaporkannya kepada polis. 


Difahamkan, lokasi itu memang dijadikan tempat mengumpul ternakan oleh pemiliknya hampir setiap hari. Tindakan empat suspek itu dipercayai untuk mengaut untung mudah dengan menjual daging kerbau di pasaran menjelang Aidilfitri tidak lama lagi berikutan permintaan tinggi umat Islam ketika itu. 

Ditahan lepas kejadian 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata keempat-empat suspek berusia 20 hingga 30-an termasuk pegawai SPRM berpangkat Penolong Pesuruhjaya itu ditangkap beberapa jam selepas kejadian. 

“Polis merampas tiga senapang, sebilah parang dan dua kereta yang digunakan untuk kegiatan itu dan merakam keterangan pemilik kerbau dan beberapa individu bagi membantu siasatan terutama motif empat suspek bertindak sedemikian. Semua suspek ditahan reman,” katanya. 
Tidak berkompromi 

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan tingkah laku pegawai yang boleh menjejaskan reputasi suruhanjaya itu, sama ada ketika bertugas mahupun di luar waktu bertugas. 

“SPRM juga memandang serius sebarang bentuk tindakan dan perbuatan mana-mana pegawai yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara," katanya dalam satu kenyataan semalam, sambil menambah pihaknya sudah mengambil tindakan secara dalaman terhadap pegawai berkenaan.-sumber berita harian


Enam termasuk empat sekeluarga maut


Sungai Petani: Enam termasuk empat sekeluarga maut, manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan berasingan dalam tempoh tidak sampai empat jam di Jalan Sidam Kiri dan Merbok, dekat sini semalam.
Kejadian paling menyayat hati membabitkan sebuah keluarga apabila kereta dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri, kira-kira jam 5.50 petang. 

Remaja dilapor hilang sejak sebulan kembali ke pangkuan keluarga

Parit Buntar: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali dalam laman sosial Facebook, pada 8 Julai lalu, kembali semula ke pangkuan keluarganya di sini Jumaat lalu. 

Siti Sakira Ahmad, 18, mendakwa dipukau sehingga lupa dirinya sendiri dan keluarga selain tidak mengetahui kedudukan dia berada sehingga seorang wanita dikatakan ibu angkat yang menjaganya sepanjang 26 hari tidak kembali ke rumah, membaca mengenai kehilangannya dalam akhbar ini.


Ikut lelaki baru dikenali 

“Sewaktu keluar dari tempat kerja dan mengikut seorang rakan lelaki yang baru dikenali, saya dihantar ke sebuah tempat dan dikenalkan dengan seorang rakan perempuan. Sejak tinggal dengannya, saya seperti tidak mengingati apa-apa termasuk diri dan keluarga. 

“Saya dijaga ibu kepada rakan perempuan itu yang tidak tahu menahu perkara sebenar mengenai kehilangan saya kerana saya sendiri tidak ingat kejadian berlaku sebelum itu. 

“Namun, selepas ibu angkat terbaca di akhbar ini mengenai kehilangan saya, dia segera memaklumkan kepada saya dan menghubungi kakak meminta keluarga mengambil saya di Matang Jelutung, Alor Pongsu,” katanya ketika ditemui i semalam. 
Pada 29 Julai lalu, akhbar ini melaporkan Siti Sakira, hilang pada hari pertama bekerja di sebuah kilang pada 8 Julai lalu, dipercayai mengikut teman lelaki dikenali dalam laman sosial Facebook, tiga minggu sebelum itu. 

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu dipercayai termakan pujukan teman lelakinya dengan melarikan diri ketika waktu rehat kerja jam 3 petang. Ini memaksa bapanya, Ahmad Awang, 75, membuat laporan di Balai Polis Kuala Kurau, pada keesokannya. 

Bersyukur dapat kembali 

Siti Sakira berkata, beliau bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga dan tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri bersama kedua ibu bapa dan adik beradiknya yang lain. 

Sementara itu, ibunya,Salmah Sejan, 47, melahirkan kesyukuran dan menitiskan air mata apabila dapat bertemu semula dengan anaknya itu. 

“Saya sungguh gembira apabila dia kembali ke pangkuan keluarga dan pastinya raya kali ini bertambah meriah. Saya berharap kejadian ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan dan kami akan menjaganya sebaik mungkin,” katanya. 

Nikah Mut'ah : Seronok Tapi Haram



Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.

Cara Nikah Mut'ah

Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.

Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah

Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Dalil Pengharaman

Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Kesimpulan

Jika dilihat pada cara perlaksanaannya, Nikah Mut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan zina dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata-mata. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam, kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.

10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya

Isteri itu adalah amanah Allah kepada suami.


Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Maka, Admin pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.