Gempar, Lagi Kes Bunuh Diri Di Bulan Ramadhan


Si mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah.Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri.Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..Pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa.Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri.Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan.

Keajaiban Tulang Sulbi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW

Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bahagian tulang belakang paling bawah.
Tulang sulbi merupakan tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah. Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhirat. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah.



Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bahagian tubuh manusia akan rosak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah)
Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini:
Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah)
Fakta, bahawa hadits ini benar.
Seorang doktor bernama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman.
Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 minit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi kemerahan kemudian menjadi hitam).
Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril.
Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke makmal terkenal di Sanaa, Yaman.
Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman. Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahawa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran.
Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh.
Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. SubhanaAllah bukan? Itulah, hebatnya Allah.
Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui. 1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah?

Bagaimana Jepun Boleh Mencapai Kemajuan?--10 Fakta!

Jepun antara negara yang mencapai kemajuan bukan sahaja dari segi pembangunan teknologi malah turut sahsiah diri. Mereka di sana telah dididik supaya menjadi orang yang sentiasa berdisiplin dengan masa dan tidak sesekali mengabaikan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Cara hidup di Jepun juga turut diakui oleh beberapa orang luar negara yang kagum dengan keadaan di sana. Jom kita ketahui 10 fakta bagaimana Jepun boleh mencapai kemajuan.


1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia

10 Jambatan Paling Ngeri Di Dunia. Kita sedia maklum bahawa jambatan merupakan satu platform penghubung di antara dua tempat, sama ada di kawasan berpulau, mahupun di kawasan susur laluan air sungai. Pernahkah kita terfikir bahawa di dunia ini terdapat banyak jambatan yang dianggap paling ngeri dan berbahaya. Berbahaya di sini adalah berkemungkinan ia boleh meragut nyawa kita jika merentasinya tanpa berhati-hati. Jom lihat jambatan tersebut di bawah ini.

1) The Immortal Bridge (China)
jambatan1
2) The Old Bridge of Konitsa (Greece)
jambatan2
3) The Carrick-a-Rede Rope Bridge (Ireland)
jambatan3
4) Royal Gorge Bridge (Colorado)
jambatan4
5) Inca Rope Bridge (Inca Empire, Peru)




6) Pulau Langkawi’s Suspended Bridge (Malaysia)
jambatan6
7) Puente de Ojuela (Mexico)
jambatan7
8) Hussaini Hanging Bridge (Pakistan)
jambatan8
9) Vitim River Bridge (Siberia)
jambatan9
10) Bryce Canyon’s Natural Bridge (Utah, US)


        jambatan10

Taman Tema Yang Paling Berbahaya Di Dunia (10 Foto)

Taman tema merupakan antara tempatpermainan yang boleh dianggap sebagai permainan moden yang cukup diminati oleh semua golongan terutama kanak-kanak. Permainan seperti ini boleh didapati hampir setiap negara. Sebagai contoh, di Malaysia antara taman tema yang popular adalah di Genting Highlands. Gambar di bawah ini merupakan sebuah taman tema yang dikenali sebagai The X-Scream. Ia terletak di Hotel Stratosphere, Las Vegas dan dibina diatas bangunan hotel tersebut. Permainan ini terletak pada ketinggian 300 meter antara taman permainan dan tanah. Namun begitu, permainan ini terpaksa dihentikan atas alasan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.


theme2
theme3
theme4

Misteri Kampung Tanduo Di Sabah

Seperti yang kita tahu, Kampung Tanduo merupakan antara lokasi sarang pengganas yang dijadikan sebagai pusat sehenti mereka. Tidak ada matlamat lain selain mereka menyatakan mahu merampas negeri Sabah. Namun ada sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama anda.Difahamkan, Kampung Tanduo sebenarnya dikatakan telah menyimpan 1001 misteri sejak 50 tahun dahulu. Misteri yang dikaitkan ini adalah seperti penemuan lembaga, makhluk halus dan lain-lain lagi.





BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal.
SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.
Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.
Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram,sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.
Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.
Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah ‘bertemu’ dengan ‘lembaga’ seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.
“Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.
“Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju.”
Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnyaketika itu.
Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.
“Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawitberhampiran rumah saya.
“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja.”
Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.
“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.
“Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.
Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.
Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.
Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.
Tidak pasti sama ada yang hadir itu ‘angin’ negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.
Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.
Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.
Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.
Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.
Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun ‘sergahan’ anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.
Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.
Memang…sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.
Juga terasa seperti ada ‘suara’ yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.
Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.
Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.Aura aneh kembali hadir ‘mengacau’ jiwa.
Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam…hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.
Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.
Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.
Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.
Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.
Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga ‘bahang’ yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.
Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.
Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.
Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.
Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.
Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.
Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,
Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.
Alhamdulillah…kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.
Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan… secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.
Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.
Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!
Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu | Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia (LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..




Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam.

Taman Bunga Terkecil Di Dunia



 Mill Ends Park yang terletak di pusat bandar Oregon, Amerika Syarikat merupakan sebuah taman bunga terkecil yang telah dibangunkan pada sambutan Hari St. Patrick tahun 1948.
Dengan ukuran bulatan hanya sebesar 2 kaki (0.61 meter) dan jumlah keluasan sebanyak 452 meter persegi (0.292 m), ia telah mendapat pengiktirafan dari pihak Guiness World Record sebagai “taman terkecil di dunia.”
Mengikut sejarah asalnya, tapak taman tersebut (bulatan 2 kaki tersebut) telah dirancang untuk diletakkan sebatang tiang lampu pada tahun 1948, namun telah ditukar menjadi taman oleh Dick Fagan.
bunga2
bunga3
bunga4

Air Laut Bertukar Menjadi Warna Merah

Mungkin sesuatu yang mengejutkan apabila air laut boleh bertukar menjadi warna merah secara tiba-tiba. Secara fitrahnya apa yang kita lihat, air laut boleh berubah sifat berdasarkan faktor di kawasan tersebut. Siapa nak mandi kan, kalau warna air laut menjadi begini. Ia secara jelas merupakan satu fenomena yang pelik dan sukar untuk kita lihat berlaku di Malaysia.



Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabilaairnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem ‘Jaws’.

Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.
Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Nora Danish Akan Beraya Bersama Fasha Sandha Di Rumah Bekas Mertua


nora danish
Ternyata tiada lagi keruh di dalam hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha apabila Nora mengesahkan yang mereka akan beraya bersama-sama kelak. Tak sabar rasanya untuk melihat gambar mereka berdua bermaaf-maafan di pagi raya.

Memang betullah orang kata anak ini peng
hubung kasih sayang.
Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.
Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana.

Saya Kahwin Bukan Kerana Masalah Zuriat – Ashraf Muslim

Enggan  terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim semalam tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinan keduanya. Jika sebelum ini salah satu teori mengenai perkahwinan ini ialah ketiadaan zuriat dengan isteri pertama, Ashraf Muslim menafikan perkara tersebut.




Menurut Ashraf, perkahwinan keduanya itu kerana detik hati. Jelas Ashraf:-
Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna,
Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin

 shr

Ashraf juga turut menerangkan keputusannya untuk berkahwin di Thailand walaupun sedang menunggu keputusan mahkamah:-
Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua. Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand.
Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat… Tuhan nak tunjuk.
Saya tahu dia sedih dan terluka. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia

shr

Tambah Ashraf lagi, kini kedua-dua isterinya sedang dalam proses menerima antara satu sama lain. Ashraf juga mengaku akan cuba berlaku adil terhadap Dayana dan Sakinah.
Buat masa ini mereka masih lagi in progress (menerima antara satu sama lain). Sakinah juga tertekan apabila banyak pihak menyalahkan dirinya dan melemparkan tomahan padanya. Tapi saya nasihatkan kepada kedua-dua isteri saya supaya bersabar dan ikut cakap saya kalau mereka nak bahagia.
Saya juga ada perancangan untuk isteri-isteri saya. Saya tahu apabila berpoligami bukan mudah untuk kita berlaku adil.
Saya juga ingin memohon maaf kepada kedua-dua belah pihak keluarga. Kepada keluarga saya. Kepada para media dan peminat-peminat saya. Tapi saya terkejut juga bila ramai peminat yang datang kepada saya dan ucapkan tahniah kepada saya.
Saya juga berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya tak pernah mengaibkan orang, jadi saya harap orang tidak mengaibkan saya ada keluarga saya
Panjang lebar penjelasan Ashraf Muslim kali ini. Diharap agar semua pihak berpuas hati. Semoga Ashraf betul-betul dapat berlaku adil. Jangan lebihkan isteri kedua seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. Sama-samalah kita doakan. 

GAMBAR EKSLUSIF FARID KAMIL BERSAMA KELUARGA


Sejak bayi pertama Farid Kamil dan Diana Danielle lahir pada 2 Julai lalu, pasangan ini nampaknya jarang berkongsi foto-foto comel bayinya itu bersama peminat sama ada menerusi laman Instagram mahupun Twitter.


Mungkin ini adalah salah satu cara bagaimana untuk pasangan tersebut mencari privasi keluarga mereka sendiri, memandang sebelum ini terdapat pelbagai kontroversi yang timbul mengenai kelahiran putera sulung mereka itu.



Akan tetapi, terbaru aktres filem Sembunyi – Bisikan Azazil ini telah memuat naik sekeping foto keluarga bahagianya bersama Farid menerusi laman Instagram dengan caption berbunyi :
Babah ibu & lil boss ? #family

 Menerusi foto yang dipaparkan, Diana dan Farid kelihatan begitu gembira di samping bayi mereka dan kebahagiaan tersebut jelas terpancar melalui senyuman yang ditonjolkan oleh pengarah muda terbabit.



BANGKAI BUAYA GERGASI DI KUALA SELANGOR


Ini buaya gergasi! itulah kata-kata yang terpancul dari mulut penduduk setempat apabila melihat seekor buaya yang telah disahkan mati dijumpai oleh dua orang nelayan ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing.
Sebelum itu, nelayan yang menjumpai bangkai buaya di tebing sungai Selangor telah menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing dan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar dengan buaya yang sudah tidak bernyawa tersebut, dan salah seorang daripada mereka berkata tidak pernah melihat buaya berukuran sebesar itu di depan mata.




FARAH AF MENCURI BAJU DAN DUIT ???





Sekitar minggu lalu, nama Farahdiana Anuar atau lebih dikenali oleh Farah Breep Breep menjadi panas apabila dia dikaitkan dengan isu mencuri duit dan baju semasa menjalani pengambaran sebuah program.

Farah didakwa tidak memulangkan baju yang dipakai semasa mengacara dan ada satu pihak yang mahu menguji kejujuran Farah dengan meletakkan sejumlah wang kedalam baju yang dipinjam oleh Farah, namun apabila baju itu dikembalikan wang itu hilang begitu sahaja. Sejauh mana kebenarannya, Farah memjawab segala persoalan.

Sebenarnya, kejadian tersebut berlaku pada hari ketiga Ramadan. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.
Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.
Sejujurnya, saya langsung tidak diberi langsung peluang untuk memperbetulkan keadaan tetapi saya dicerca dengan pelbagai tohmahan sehingga saya digelar pencuri, penjenayah dan pendatang. Tiada seorang pun yang bersama dengan (menyokong) saya. Saya cuba untuk hubungi ayah dan suami saya, namun telefon saya habis bateri ketika itu. Jika saya berkata yang benar pun, tidak akan ada yang percaya. Saya hampir pengsan apabila semua orang menyalahkan saya.

Namun, isu ini bukan kali pertama yang mengatakan Farah sebagai seorang yang panjang tangan, tetapi sudah ada kes yang mengatakan Farah juga sebenarnya mencuri iaitu tidak memulangkan semula busana yang dipakai semasa mengacara. Farah menjawab;

Sepanjang karier saya, tidak pernah terjadi perkara sebegitu. Semua baju yang saya pakai, saya pulangkan semula. Jadi mana isu yang mengatakan saya tidak pulangkan semula baju tersebut. Selama saya bekerja sebagai duta Power Root dan pengacara, tidak pernah sesekali timbul isu ini, dan jika benar saya lakukannya, sudah lama saya diberhentikan atas tindakan tersebut.

Sebenarnya, isu duit tersebut sudah selesai. Tuan empunya duit tersebut sangat bersahaja. Hanya orang di sekeliling yang melebih-lebih. Kita tidak boleh lari daripada ketidakpuasan hati orang lain. Saya amat terkilan apabila saya dituduh atas perkara yang saya tidak lakukan itu. Ini merupakan sesuatu yang dirancang untuk menjatuhkan saya!

Sememangnya ini merupakan satu dugaan pada bulan puasa, dan saya reda dengan segala yang terjadi. Saya serik untuk lakukan kebaikan, apabila apa yang kita buat telah disalahertikan. Sepatutnya, pada bulan baik ini, buatlah benda yang baik dan jangan hanya menuduh benda yang tidak berasas kerana saya mahu berada lama dalam dunia seni ini.